suria

Khidmat Misbun Sidek ditagih

KUALA LUMPUR: Khidmat jurulatih badminton perseorangan negara, Misbun Sidek kembali ditagih berikutan kesihatan isterinya Latifah Sidek yang menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang baru-baru ini, kini sedang pulih dengan baik.

"Saya mengharapkan Misbun kembali menggalas tugas beliau dan membantu pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei di pertandingan yang akan datang," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sewaktu menziarahi Latifah di kediaman pasangan tersebut di Ukay Perdana, di sini hari ini.

Latifah yang mengalami masalah buah pinggang dengan ditemani Misbun berlepas ke China untuk menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang tiga bulan lepas dan kembali ke tanah air kelmarin.

Ketiadaan Misbun menyebabkan Chong Wei seperti kehilangan arah dan tewas kepada pemain tidak ternama dari Vietnam, Nguyen Tien Minh di pusingan kedua Terbuka Singapura, dua minggu lepas.

Shabery Cheek berkata selain untuk membimbing Chong Wei, pengalaman dan kepakaran Misbun ditagih untuk membina skuad perseorangan lelaki dan wanita termasuk bagi menghadapi Sukan Olimpik di London pada 2012.

Misbun berkata beliau berpuas hati dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh Chong Wei untuk menjuarai Terbuka Indonesia walaupun tanpa kehadirannya untuk membimbing pemain nombor satu perseorangan dunia itu di sepanjang kejohanaan tersebut yang berakhir semalam.

Pasangan beregu wanita negara, Wong Pei TtyChin Eei Hui turut mengungguli acara beregu wanita.

Chong Wei mempunyai jadual pertandingan yang ketat bermula dengan Terbuka Malaysia dari 2328 Jun, Terbuka Filipina (305 Julai), Terbuka Thailand (2026 Julai), Terbuka New Zealand (282 Ogos), Kejohanan Antarabangsa Indonesia (48 Ogos) sebelum berangkat ke India untuk menyertai Kejohanan Dunia (1016 Ogos).

Untuk itu, Misbun berkata Chong Wei tidak mempunyai pilihan selain bersiap sedia untuk bertanding kesemua kejohanan tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain