suria

Equestrian: Qabil terpaksa berpuas hati di tempat kedua

SERDANG: Penunggang kebangsaan Qabil Ambak yang menunggang stallion barunya Acapulco, terhalang dari memenangi Piala Masters Kelas 44 (130cm), acara utama pada hari akhir Siri Piala Premier 2009 di Putrajaya Equestrian Park semalam.

Peserta Hong Kong Jennifer Chang dari Mitchells Stable melakukan 'comeback' mengejutkan pada tunggangan kompetitif bila beliau memenangi kelas itu dengan jumlah empat 4 fault dalam masa 52.26 saat.

Dengan menunggang Luxor 91, Siri Piala Premier merupakan acara beliau yang pertama selepas melahirkan seorang bayi lelaki sembilan minggu lepas.

"Saya melakukan tunggangan bersih pada fasa pertama dan bernasib baik di fasa kedua, dengan itu memberikan saya kemenangan," kata Chang yang dengan kemenangan itu, merangkul kejohanan Sirkit Master dengan jumlah 35 mata selepas tiga acara. Qabil hanya mampu mencatat masa 54.87 saat dengan jatuhan satu pole dengan empat fault memaksa beliau menduduki tempat kedua.

Menunggang Parvina, kuda yang telah berkhidmat lama, Qabil hanya mampu menduduki tempat keenam.

Sebagai saguhati, penunggang berusia 28tahun itu juga merangkul tempat ketiga bila menunggang Amadeus Van de Boswinning.

Sementara itu, Shahrul Ezrezal Ahmad dari kelab tuan rumah Taman Equestrian Putrajaya memenangi Piala Amatur Kelas 41 (100cm) dengan menunggang Pirash.

Dengan masa 51:96s, Shahrul menumpaskan penunggang Majlis Sukan Negara Mohd Aizat Abdul Malik yang muncul di tempat kedua dengan masa 65:65s dengan menunggang Agusta Pucchini bersama Alex Maurer dari Riders Lodge ketika menunggang Sir Phillip muncul di tempat ketiga dengan masa 74:62s.

Keputusan:

SHOWJUMPING

Piala Beginner Kelas 40 (5060cm): 1. Mohd Jeffri Sahrom (MAFEC) Harold Star 39:10s; 2. Zahari Abas (PDRM) Veleria 39:95s; 3. Mohd Ammar (STEC) 40:28s.

Piala Amatur Kelas 41 (100cm): 1. Shahrul Ezrezal Ahmad (TEP) Pirash 51:96s; 2. Mohd Aizat Abdul Malik (MSM) Agusta Pucchini 65:65s; 3. Alex Maurer (RL) Sir Phillip 74:62s.

Piala Johan Kelas 43 (120cm): 1. Nabil Fikri Ismail (MSM) Urgola 45:47s (4 faults); 2. Shazna Leena (3Q) Helu Du Codarde 39:67s (8 faults); 3. Tunku Nazroff (BKEC) Jewel of Jadalco 38:67s (16 faults).

Ride n' Cycle Kelas 39 (6070cm): 1. Mohd Aizat Abdul Malik/Nabil Fikri Ismail (MSM) Agusta Pucchini 77:43s; 2. Aoileann Nic An Iomaire/Elspeth Blair Turner (AEDs) Pellegrino 84:92s; 3. Soraya Baharum / Faridah Baharum (BKEC) Calvin Klien 86:34s.

Piala Masters Kelas 44 (130cm): 1. Jennifer Chang (Ms) Luxor 91 52:26s; 2. Qabil Ambak (3Q) Acapulco 54:87s; 3. Qabil Ambak (3Q) Amadeus Van de Boswinning 56:63s.

Starter Kit: 1. Nur Sabrina Azman (AEDs) Monty 27 mata; 2. Daniel Chen (STEC) Che Nab 25 mata; 3. Praveen Nair (AEDs) Quick Step 22 mata.

Adventur Amatur: 1. Sharul Ezreral Ahmad (TEP) Pirash 35 mata; 2. Natasha Wah Idris (BKEC) Samalinda 31 mata; 3. Handry Mewengkang (BKEC) Our Sammy 30 mata.

Champion Voyage: Shazna Leena (3Q) Helu Du Codarde 31 mata; 2. Tunku Nazroff (BKEC) Jewel of Jadalco 26 mata; 3. Syed Mohsin Al Mohdzar (BKEC) 26 mata.

Kejohanan Sirkit Master: Jennifer Chang (Ms) Luxor 91 35 mata; 2. Qabil Ambak (3Q) Parvina 32 mata; 3. Qabil Ambak (3Q) Amadeus Van De Boswinning 29 mata.

DRESSAGE

Novice A Kelas 19 (2.4): 1. Mohd Izri Razali (BKEC) Rosemary 62.20 mata; 2. Alia Soraya (BKEC) Samsara 62.00 mata; 3. Datin Noriah Mohammad Yusof (BKEC) 56.20 mata.

Novice B Kelas 20 (2.3): 1. Cindy Cosset (STEC) Duke 61.20 mata; 2. Rachel Blair Turner (AEDs) 60.00 mata; 3. Tanja Kledietert (RL) Artic Mirage 59.20 mata.

Medium Kelas 22 (4.2): 1. Franchesca Liauw (CHEQ) Toftergardens Lobbi 59.35 mata; 2. Jay Zainal (ARIA) Camaro 58.60 mata; 3. Petra Lee Teo (AEDs) Fricco Engihoj 57.20 mata.

Elementary Kelas 21 (3.3): 1. Chris Ladbrook (AEDs) Aurora Borealis 69.17 mata; 2. Datin Noriah Mohammad Yusof (BKEC) Cempaka Sari 53.33 mata; 3. Cyril Loo (TEP) Almir 50.83 mata. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain