suria

Singapura tarik diri dari Bola Sepak Remaja Asean

BANGKOK: Singapura telah menarik diri dari kejohanan Bola Sepak Remaja Asean di sini minggu depan, mungkin kerana khuatirkan keskes Influenza A (H1N1) yang meningkat di Thailand.

Seorang pegawai Kementerian Pelancongan dan Sukan mengesahkan bahawa republik itu telah menarik diri dari pertandingan di bawah 14 yang disertai 10 negara itu dari 22 hingga 29 Jun.

"Setakat ini hanya Singapura menyatakan ia tidak datang...yang lain telah mengesahkan penyertaan. Singapura tidak menyatakan sebabnya, tetapi mungkin kerana bimbangkan influenza itu," katanya ketika dihubungi. Kementerian Kesihatan Awam mengesahkan 113 kes baru H1N1 pada Khamis, menjadikan jumlah kesemuanya 518.

Pegawai itu berkata mereka akan menjadualkkan semula perlawanan yang melibatkan Singapura yang telah diundi ke dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Laos, Filipina dan Vietnam. Malaysia dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Thailand, Kemboja, Brunei dan Myanmar. Thailand menganjurkan acara itu sebagai sebahagian daripada pelbagai aktiviti dikendalikan oleh negara ini selaku Pengerusi Asean. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain