suria

Persatuan sukan dinasihati tangguh penyertaan kejohanan di luar negara

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) hari ini mengeluarkan nasihat kepada semua persatuan sukan supaya menangguhkan sementara sebarang penyertaan ke luar negara berikutan amaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengisytiharkan wabak Influenza A(H1N1) sebagai pandemik dunia.

Ketua Pengarah ISN Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata berikutan peningkatan sistem amaran WHO yang menaikkan paras amaran wabak tersebut dari aras 5 ke aras 6, institut itu berpendapat ancaman tersebut terhadap atlet yang berlatih atau bertanding di luar negara turut meningkat.

"Persatuan sukan perlu memberi perhatian dan pertimbangan yang serius sebelum membuat keputusan menghantar atlet ke luar negara, khususnya di negara yang diketahui berlaku penularan tempatan," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Ramlan berkata kemungkinan berlaku jangkitan di negara yang berlaku penularan tempatan adalah lebih tinggi terutama di negara benua Amerika Penularan pandemik influenza," katanya secara lazim bertahan untuk tempoh di antara enam hingga sembilan bulan sebelum reda. Beliau bagaimanapun memberi jaminan keadaan di Malaysia adalah selamat dan jika ada atlet luar yang berada di negara ini mengalami simptom wabak tersebut seperti demam, batuk dan selesema, mereka harus dirujuk kepada hospital awam dengan segera.

Penganjur bagi acara sukan yang bakal diadakan di negara ini dinasihatkan berhubung dengan Bilik Gerakan Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat keadaan semasa wabak tersebut.

Bilik Gerakan tersebut boleh dihubungi menerusi nombor telefon 03-88810200/88810300 atau emel [email protected] atau menghubungi ISN di talian 03-89929600/89929915 atau emel [email protected]. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain