suria

Pemain Vietnam ketepikan Chong Wei dalam badminton Terbuka Singapura

KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan Nombor 1 dunia Datuk Lee Chong Wei tersingkir daripada kejohanan badminton Siri Super Singapura setelah ditumpaskan oleh pemain muda dari Vietnam, Nguyen Tien Minh dalam pusingan kedua kejohanan itu yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, semalam.

Tien Minh, pemain bukan pilihan, mengalahkan Chong Wei yang juga pilihan pertama dengan 24-20, 20-22, 21-19 dalam pelawanan yang berlangsung satu jam bagi menempah tempat ke suku akhir.

Kelmarin, dalam pusingan pertama, Chong Wei dengan mudah mengalahkan Andrew Smith dari England 21-11, 21-12.

Pemain veteran Wong Choong Hann juga dikalahkan oleh Bao Chunlai dari China dalam straight set 21-16, 21-17.

Sementara itu, dalam acara beregu lelaki, pemain bukan pilihan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen mara ke peringkat suku akhir setelah menumpaskan Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu dari Taiwan 21-16, 21-15.

Teik Chai-Bin Shen akan bertemu pilihan keempat dari Denmark, Lars PasskeJonas Rasmussen untuk tempat terakhir di peringkat suku akhir.

Bagaimanapun, pasangan terkemuka negara dan pilihan pertama Koo Kien KeatTan Boon Heong tewas kepada pasangan dari England Anthony Clark/Nathan Robertson 13-21, 21-19, 21-14.

Dalam beregu wanita, pilihan pertama Chin Eei HuiWong Pei Tty mara ke suku akhir setelah mengetepikan pasangan dari Belanda Rachel Van Cutsen-Paulien Van Dooremalen dalam straight set 21-16, 21-15.

Mereka akan berdepan Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii dari Indonesia yang mengalahkan Shinta Mulia SariYao Lei dari Singapura 21-12, 21-17 di peringkat suku akhir.

Sementara itu, dalam beregu campuran, Robert Mateusiak/Nadiezda Kostiuczyk dari Poland mengalahkan Koo Kien Keat-Ng Hui Lin 21-17, 21-18. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain