Hoki: Penjaga gol Korea masuk hospital kerana disyaki mangsa H1N1 - Sukan | mStar

Hoki: Penjaga gol Korea masuk hospital kerana disyaki mangsa H1N1

JOHOR BAHARU: Penjaga gol Korea Selatan Kang Hyun Woo mungkin tidak dapat diturunkan pada baki perlawanan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di sini selepas menghidap demam panas tiga hari lepas.

Beliau kini diletakkan di bawah kuarantin di Hospital Sultanah Aminah di sini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak influenza A(H1N1).

Pegawai perubatan kejohanan tersebut Dr Kamarul Hashimi mengesahkan bahawa pemain itu telah dikuarantin dan mungkin mengambil masa selama 10 hari sebelum dibenarkan keluar dari hospital berkenaan.

"Kami tidak pasti punca selesema yang dihidapi oleh pemain itu tetapi berpendapat adalah baik untuk mengasingkan pemain itu untuk ketika ini," katanya.

Kang tidak bermain ketika pasukannya menewaskan Malaysia 2-0 malam kelmarin dan mengatasi Amerika Syarikat 7-0, Ahad lalu.

"Hasil ujian saringan wabak berkenaan akan mengambil masa beberapa hari dan kami akan sentiasa mengawasi keadaannya," katanya.

Setiausaha Persekutuan Hoki Malaysia (MHF) Mohamed Hashim Yusof berkata bahawa pihaknya telah mengambil semua langkah penjagaan supaya tidak mahu pemain dijangkiti penyakit itu.

"Pasukan perubatan khas diletakkan di hotel penginapan bagi memantau semua pemain dan pegawai. Kami memberi jaminan kepada semua pasukan bahawa pihak penganjur sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JADUAL KELAYAKAN PIALA DUNIA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain