suria

Nicol sedia bertemu Natalie pada separuh akhir

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David menewaskan Alison Waters dari England untuk menentang Natalie Grinham dari Belanda pada separuh akhir Kejohanan Terbuka Skuasy Wanita Seoul hari ini.

Untuk catatan, kejohanan pertama pada 2007, Nicol ditewaskan oleh Natalie pada perlawanan akhir.

Bagaimanapun, Natalie tidak menyertai kejohanan itu tahun lepas disebabkan kecederaan di mana Nicol mengalahkan kakak Natalie, Racheal untuk menjulang trofi itu.

Pada perlawanan suku akhir malam ini yang diadakan di IPark Mall, Yongsan Plaza, Nicol menewaskan Waters dalam straight set 12-10, 11-5 dan 12-10.

Sementara pemain nombor empat dunia dan pilihan ketiga kejohanan, Natalie menempah tempat ke separuh akhir setelah menewaskan Kasey Brown dari Australia 11-6, 11-6 dan 11-5.

Terdahulu dalam perlawanan suku akhir lain, pilihan kedua kejohanan Rachael, terpaksa bermain lima set menentang Shelly Kitchen dari New Zealand.

Rachael memenangi perlawanan itu dengan 6-11, 117, 5-11, 11-8 dan 14-12 untuk mara ke separuh akhir hari ini.

Sementara itu, Jenny Duncalf dari England menewaskan Madeline Perry dari Ireland dalam straight set 141-2, 12-10 dan 12-10 untuk menempah tempat ke separuh akhir. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain