suria

Thailand kekal Raja Takraw Dunia

KUALA TERENGGANU: Thailand sekali lagi muncul sebagai Raja Takraw Dunia apabila berjaya menewaskan Indonesia 2-0 pada perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia di Stadium Negeri di sini semalam.

Kejayaan membenamkan pasukan Indonesia dalam kesemua acara lelaki yang dipertandingkan itu telah menobatkan pasukan gajah putih itu sebagai juara sekaligus mengekalkan kejuaraan yang disandangnya di Pulau Pinang tahun lepas.

Pada perlawanan akhir, Thailand ternyata bukan tandingan untuk pasukan Indonesia yang mana mereka terpaksa akur dengan kehebatan pemain Thailand menggunakan servis kuda.

Pada set pertama, Thailand yang menurunkan Siriwat Sakha, Pattarapong Yupadel dan Anuwat Chaichana menundukkan dengan mudah regu pertama Indonesia Yudi Purnomo, Wisno Dwi dan Suko Hartono dengan mudah 21-14, 21-9

Indonesia cuba bangkit pada set kedua, namun gagal kerana kebanyakan rejaman yang dilakukan pemain Indonesia dapat diselamatkan dan kelebihan itu memberi mata kepada Thailand.

Pada set itu, Indonesia yang menurunkan Abrian, Samsul dan Rizal tumpas di tangan pemain Thailand Krisna Tanakorn, Kangsirod Sirisamudsan dan Supachai Maneenat dengan straight set 15-21, 12- 21.

Sementara itu untuk kategori berpasukan wanita pula, Vietnam muncul juara setelah memenangi kesemua empat perlawanan manakala Thailand yang memenangi dua pelawanan menduduki tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Indonesia.

Dalam satu lagi perlawanan, Malaysia C muncul juara division dua setelah menang ke atas Singapura, Brunei dan India, manakala India muncul naib juara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain