suria

Jerman sebagai "Sahabat Sukan" Malaysia

KUALA LUMPUR: Jerman dijadikan "sahabat sukan" Institut Sukan Negara (ISN) memandangkan negara itu merupakan antara kuasa besar dalam dunia sukan, kata Ketua Pengarah ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz.

Katanya kerjasama dengan kerajaan Jerman dalam bidang sukan sebenarnya telah wujud sejak dari peringkat awal penubuhan ISN lagi iaitu pada tahun 1983.

"Saya harap selepas ini skop kerjasama sukan antara kedua-dua negara akan meluas dan tidak tertumpu kepada aspek tertentu sahaja, katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan peralatan sukan bernilai RM32,000 daripada kerajaan Jerman yang disampaikan oleh Duta Jerman ke Malaysia Dr Gunter Gruber di sini hari ini.

Ramlan berkata Malaysia bercadang untuk menghantar lebih ramai atlet berlatih di Jerman manakala atlet negara itu boleh datang berlatih di sini pada musim sejuk di sana.

Beliau berkata peralataan sukan itu yang disumbangkan oleh kerajaan Jerman itu akan digunakan untuk tujuan latihan atlet pelapis negara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain