suria

HOKI PIALA ASIA:Malaysia sekadar tempat keempat

KUANTAN: Malaysia terpaksa berpuas hati untuk sekadar berada di tempat keempat pada Kejohanan Hoki Piala Asia kelapan setelah tunduk 67 kepada China dalam penentuan pukulan penalti pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Wisma Belia di sini hari ini.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi pukulan penalti selepas keduadua pasukan terikat 33 dalam saingan 70 minit permainan dan tambahan masa 15 minit juga gagal menentukan pemenang.

Dalam penentuan pukulan penalti itu, tiga pemain Malaysia dan dua pemain China gagal menyempurnakan pukulan penalti dengan Sun Tian Jun menjadi wira skuad China apabila menyempurnakan pukulan penalti terakhir untuk membolehkan kemenangan berpihak kepada pasukannya.

Dalam perlawanan hari ini, skuad negara membuka tirai jaringan sewal minit pertama hasil jaringan cantik Ismail Abu tetapi China menyamakan kedudukan pada minit ke19 menerusi Song Yi.

Malaysia kembali mendahului pada minit ke32 menerusi Chua Boon Huat yang menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk skuad negara mendahului 21 pada separuh masa pertama.

Selepas saingan bersambung pada babak kedua, China menyamakan kedudukan menerusi Jiang Xi Chang yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-47.

Pada minit ke-64, Malaysia sekali lagi mendahului China apabila Hafifihafiz Hanafi menolak masuk bola yang melantun selepas ditampan penjaga gol lawan.

China yang tidak mudah menyerah kalah berjaya menyamakan kedudukan tiga minit selepas itu menerusi Xi Chang untuk memusnahkan harapan skuad negara.

Sementara itu, jurulatih skuad negara Tan Beng Hai berkata beliau tetap berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan anak buahnya ketika berhadapan dengan China.

"Sekarang ini tidak timbul sama ada pemain tidak bermain dengan bagus memandangkan persediaan singkat hanya empat bulan lebih. Berbanding dengan pasukan lain, mereka membuat persediaan dan membentuk pasukan selama empat tahun," katanya sambil menambah aspek taktikal dan teknikal pasukan perlu dimantapkan lagi.

Beng Hai berkata beliau akan menilai pemain remaja yang bakal beraksi pada Piala Dunia Remaja di Johor Baharu bulan depan untuk diserapkan ke dalam skuad negara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain