suria

Kursus Bola Sepak MU untuk kanak-kanak Malaysia

KUALA LUMPUR: Sekolah Bola sepak Manchester United (MUSS), salah satu program pembangunan akar umbi di bawah kelab Inggeris terkemuka, akan mengadakan program pembangunan kemahiran bola sepak pertamanya untuk kanakkanak Malaysia bulan depan.

Ketua MUSS bagi Singapura Aide Iskandar berkata empat jurulatih profesional dari Old Trafford akan mengendalikan latihan berdasarkan modul Akademi Manchester United.

Program akan dikendalikan di dua venue Royal Selangor Club dari 15 Jun dan Bukit Jalil 812 Jun.

Program lima hari itu ialah untuk budakbudak lelaki dan perempuan berumur dalam lengkongan 718 tahun.

Yuran pendaftaran ialah RM980 seorang. Bagi setiap venue, MUSS hanya menempatkan 128 peserta, 64 berlatih di sebelah pagi sementara 64 lagi sebelah petang. Setiap sesi berlangsung selama tiga jam.

Semua peserta akan menerima kit penuh MUSS kit Nike, bag dan sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, ibu bapa atau penjaga yang berminat boleh melayari laman web Manchester United Soccer School di www.musssea.com. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain