suria

Perlis, Selangor terus bersaing hebat rebut Liga Super

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Super Perlis dan pencabar terdekatnya Selangor meneruskan saingan sengit merebut kejuaraan apabila kedua-dua pasukan menang dalam perlawanan masingmasing, malam ini.

Di Stadium Selayang, Perlis membelasah Polis 31 untuk mengutip tiga mata.

Jaringan Perlis dijaringkan Ahmad Fikri Saraani pada minit ke19, Mohd Shazwan Zainol (minit ke54) dan Zuraindey Jumai (minit ke81) manakala gol saguhati Polis dihasilkan Mohd Fauzi Abdul Majid (minit ke32).

Sementara itu, Selangor mencatat kemenangan 21 ke atas Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan.

Dalam perlawanan itu, Pahang terlebih dahulu memperoleh gol pertama menerusi Mohd Badrul Hisani Abdul Rahman (minit ke55) namun Selangor menyamakan kedudukan menerusi ketua pasukan Mohd Amri Yahya pada minit ke-65.

Gol kemenangan Selangor dijaringkan Mohd Fitri Shazwan pada minit ke-69.

Sementara itu, perlawanan antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, terpaksa ditangguhkan selepas hujan lebat pada separuh masa kedua.

Kedua-dua pasukan terikat 11 pada separuh masa pertama. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain