suria

NS tewas Kelantan 1-0, Selangor dan Perlis seri 1-1

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 1-0 manakala naib juara Selangor hanya mampu seri 1-1 pada perlawanan pusingan pertama separuh akhir Piala FA semalam.

Di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Baharu, Negeri Sembilan berjaya menjaringkan gol tunggal seawal minit ketujuh menerusi Mohd Zaquan Adha untuk memberi kelebihan satu gol menentang Kelantan.

Di Stadium Utama, Kangar, Perlis melaungkan amaran seawal minit pertama apabila Mohd Shazwan Zainol menghasilkan gol pembukaan pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun, Perlis gagal mengekalkan kedudukan itu apabila Selangor menyamakan jaringan menerusi Premnath Cnadra pada minit ke-34.

Perlawanan pusingan kedua akan diadakan pada 18 April ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain