suria

Ferrari - Perlumbaan kedua tanpa mata kejohanan

SEPANG: Ia adalah satu perlumbaan sukar tanpa memperoleh sebarang mata kejohanan untuk pasukan Formula One unggul dunia, Scuderia Ferrari Marlboro apabila kedua-dua pasukan dan pemandu mereka gagal untuk memperoleh mata pada Grand Prix Petronas Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

Apabila perlumbaan pusingan ke-56 diberhentikan pada pusingan ke-31 disebabkan hujan lebat, pemandu Ferrari, Felipe Massa dan Kimi Raikkonen di kedudukan masing-masing sembilan dan 14, di mana kontruktor dan pemandu hanya tidak jauh ke pasukan lapan pemandu teratas.

Ketua pasukannya Stefano Domenicali berkata: "Kami sangat kecewa kerana sekali lagi (selepas Grand Prix Australia), kami meninggalkan Litar Sepang tanpa mendapat apa-apa.

"Kami membuat sesetengah keputusan yang salah, terutamanya ketika berhenti pada pit pertama untuk memasang tayar yang sangat basah kerana menjangkakan ribut akan berlaku dalam beberapa saat lagi. Tetapi, pada hakikatnya, hujan mula turun beberapa minit kemudian."

Sementara itu, Massa berkata "Ia adalah satu perlumbaan yang kacaubilau dan lebih mudah untuk membuat keputusan yang salah dalam keadan ini.

"Apabila kita memasang tayar hujan, kami jangkakan hujan lebat tetapi malangnya hujan tidak lebat. Sehubungan itu, saya berhenti di pit untuk memasang semula tayar perantaraan dan hujan turun dengan serta merta."

"Ia sesuatu yang memalukan jika tidak mampu dapat mata," kata warga Brazil itu.

Seorang lagi pemandu Ferrari, Raikkonen berkata "kami dalam kedudukan baik semasa berhenti di pit pertama dan kemudian kami melakukan kesilapan dengan memasang tayar hujan sedangkan hujan belum turun. Dan di sinilah perlumbaan saya berakhir."

"Apabila perlumbaan itu diberhentikan, keadaan sangat sukar. Ada banyak air di trek dan saya berhempas pulas memandu kereta saya walaupun dalam gear kedua," kata beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain