suria

Piala Sultan Azlan Shah: India, Mesir seri 2-2

IPOH: India selaku naib juara tahun lepas hanya mampu seri 22 dengan Mesir dalam perlawanan pembukaan kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke18 di Stadium Azlan Shah di sini petang ini.

Kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan agresif dan saling berbalas serangan dalam keadaan padang basah selepas hujan turun sebelum bermula separuh masa pertama.

Mesir berjaya memperolehi gol pertama hasil jaringan Mohamed Hassan pada minit ke-8 dalam satu serangan balas yang pantas selepas India gagal memanfaatkan pukulan sudut penalti yang diperolehinya sebelum itu.

India bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan apabila pakar pukulan sudut penalti Sandeep Singh menyempurnakan pukulan sudut penalti yang menewaskan penjaga gol Mesir, Osama Hassanein pada minit ke-15.

Setelah terikat 11 pada separuh masa pertama, Mesir dilihat lebih menguasai permainan separuh masa kedua tetapi serangan yang dilancarkan mereka gagal menembusi pertahanan India.

Bagaimanapun, India berjaya memperolehi gol kedua apabila pukulan Shivendra Singh pada minit ke-49 sekali lagi gagal diselamatkan Osama Hassanein.

Gol penyamaan Mesir diperolehi pada minit ke-70 melalui Mohamed El Saied yang memukul masuk pukulan sudut penalti.

Jurulatih Mesir, Jerzy Wybieralski berkata kejayaan pasukannya mengikat pasukan yang lebih berpengalaman seperti India adalah dianggap sebagai tuah yang tidak diduga.

"Di dalam sukan, sedikit tuah diperlukan untuk manamana pasukan memenangi perlawanan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Asia turut berangkat menyaksikan perlawanan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain