suria

Terengganu beri insentif kepada Azizulhusni Awang

BESUT: Kerajaan Terengganu akan memberikan insentif kepada pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang sebagai mengiktiraf kejayaannya memenangi pingat perak pada Kejohanan Trek Dunia di Poland, yang berakhir dua hari lepas.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata bentuk insentif itu akan diumumkan apabila pelumba basikal kelahiran negeri ini, pulang ke Terengganu tidak lama lagi.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mengadakan majlis bagi menyambut kepulangan Azizulhasni di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini.

"Kita akan beri sambutan meriah kepada Azizulhasni. Kita hargai dan mengiktiraf kecemerlangannya dalam sukan lumba basikal," katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak rumah pangsa Kuala Besut di sini hari ini.

Pada Kejohanan Trek Dunia di Pruszkow, Poland, skuad negara mencipta sejarah apabila meraih dua pingat.

Azizulhasni menyumbangkan pingat perak dalam acara pecut individu manakala seorang lagi pelumba negara, Mohd Rizal Tisin memenangi gangsa dalam acara 1km ujian masa individu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain