O'Halloran dan Zhiyun ungguli triathlon Tasik Kenyir - Sukan | mStar

O'Halloran dan Zhiyun ungguli triathlon Tasik Kenyir

HULU TERENGGANU: Atlet Mathieu O'Halloran dan Lin Zhiyun masingmasing menjuarai kategori terbuka lelaki dan wanita pada Kejohanan Triathlon Antarabangsa Tasik Kenyir 2009 yang berakhir di Pengkalan Gawi dekat sini hari ini.

O'Halloran, 23, dari Kanada, mengungguli edisi kelima itu dengan catatan masa dua jam dua minit 19 saat untuk meraih hadiah wang tunai RM1,800.

Pertandingan anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu memerlukan peserta mengharungi acara berenang sejauh 1.5 kilometer, berbasikal (40km) dan larian sejauh 10km.

Tempat kedua dimenangi oleh peserta Singapura Sikhander Singh dengan catatan masa 2:07:38s manakala peserta tempatan Barry Lee Chun Sing menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 2:13:22s.

Dalam pada itu, Lin Zhiyun, 22, dari Singapura muncul sebagai peserta terbaik dengan mencatatkan masa 2:28:10s untuk mengalahkan peserta Britain Emma Bishop yang mencatatkan masa 2:32:00s.

Tempat ketiga dimenangi oleh peserta Malaysia Stephanie Chok yang mencipta masa 2:37:43s.

Sementara itu, peserta tempatan menguasai tiga kedudukan teratas dalam acara lelaki 1519 tahun apabila tempat pertama dimenangi oleh Nicholas Choy Mun Thow (2:23:27s), diikuti Steve Choy Mun Yoong (2:24:42s) dan Ho Kok Yaw (2:29:32s).

Malaysia juga menggunguli acara wanita 35 tahun ke atas setelah tiga peserta menduduki tempat teratas iaitu Lisa Oon dengan catatan masa 2:50:29s, diikuti Carmen Leong Ban Yeik (2:53:06s) dan Wong Siew Seng (2:56:00s).

Bagi acara lelaki 4049 tahun, tempat pertama disandang Shahrom Abdullah dari Malaysia dengan mencatat masa 2:09:11s, diikuti peserta Thailand, Koday Senmood (2:16:40s) dan seorang lagi peserta tempatan Muhammad Hafiz Wong (2:17:06).

Peserta tuan rumah Muhamad Razani Husain merangkul gelaran kategori lelaki 4049 tahun setelah mengalahkan peserta Jepun Iwata Takatoshi dan Thailand Niphon Suwan dengan catatan masa 2:10:58s.

Iwata mencatatkan masa 2:23:14s dan Niphon pula di tempat ketiga dengan catatan masa 2:25:01s.

Seramai 373 peserta daripada 17 negara menyertai kejohanan itu yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM50,000. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain