suria

Negeri Sembilan kuasai Sirkit Remaja Kebangsaan Zon Selatan

KUANTAN: Negeri Sembilan menguasai pungutan pingat pada Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100 Plus Zon Selatan selepas perlawanan peringkat kedua zon tersebut berakhir di Dewan Persatuan Badminton Pahang di sini hari ini.

Dalam empat kategori yang dipertandingkan iaitu bawah 18 tahun, 16, 14 dan 12 tahun itu, Negeri Sembilan mengumpul lima pingat emas, dua perak dan tujuh gangsa diikuti Johor 466 dan Melaka empat emas, satu perak dan enam gangsa.

Seramai 200 pemain remaja menyertai kejohanan empat hari itu yang membabitkan enam negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kuala Lumpur dan tuan rumah Pahang.

Kejohanan itu dijalankan dalam tiga peringkat mengikut Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Sabah/Sarawak.

Semua pemain yang berjaya bagi setiap acara pada setiap peringkat akan diberi mata bagi menentukan kedudukan ranking sebelum layak beraksi pada pusingan akhir di Negeri Sembilan, Jun ini.

Keputusan Akhir:

Bawah 18 Tahun:

Lelaki:

Perseorangan: Mohd Fairuz Mohd Fauzi (PAH) mn Muhammad Aiman Husin (JOH) 21-16, 21-8

Beregu:

Ong Kun Xiong/Tay Kok Hau (MEL) mn Marcus Tan/K. Pathmanaban (Ns) 21-19, 21-13

Wanita:

Perseorangan:

Yan Jia Lin (NS) mn Loh Siew Yen (KL) 21-19, 21-17

Beregu: Chang Yong Sian/Yan Jia Lin (NS) mn Goh Eyi Qian/Liew Yuen Huey (MEL) 21-10, 17-21, 21-9

Bawah 16 Tahun:

Lelaki:

Perseorangan:

Chong Yee Han (MEL) mn Teh Min Yee (KL) 21-17, 21-15

Beregu:

Jagdish Singh/Low Juan Shen (Ns) mn Haw Yong Yuan/Teo Hong (JOH) 21-18, 21-16

Wanita:

Perseorangan:

Amanda Khoo Pei Ling (KL) mn Nurul Intan Juliza Jaafar (JOH) 1121, 2118, 2114

Beregu:

Lee An Chie/Nairul Nabilah Ab Latif (NS) mn Chong Li Lian/Lai Xiao Tian (PAH) 14-21, 22-20, 21-14

Bawah 14 Tahun:

Lelaki:

Perseorangan:

Mohd Amzzar Zainuddin (JOH) mn Mohd Fatullah Aiman Nazri (JOH) 16-21, 21-16, 26-24

Beregu:

Mohd Amzzar Zainuddin/ Mohd Fatullah (JOH) mn Lim Kok Jian/Ng Mun Kit (PAH) 21-8, 14-21, 21-16

Wanita:

Perseorangan: Ho Yen Mei (KL) mn Boon Wei Ying (MEL) 21-11, 21-19

Beregu:

Boon Wei Ying/Lim An Chee (MEL) mn Ho Yen Mei/Tan Sueh Cheng (KL) 21-16, 21-16

Bawah 12 Tahun:

Lelaki:

Perseorangan: Sim Gua Zheng (MEL) mn Tan Teck Han (PAH) 9-21, 8-21, 21-19

Beregu:

Nurizuddin Rumsani/Shia Chun Heng (JOH) mn Chang Xi Hoa/Lew Ming Hui (JOH) 21-7, 21-16

Wanita:

Perseorangan: S. Kisona (NS) mn Yeo Jia Min (JOH) 21-12, 21-17

Beregu:

Yap Yee/Yeo Jia Min (JOH) mn Kelly Siow/S. Kisona (Ns) 22-20, 15-21, 21-19.

BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain