suria

Ibu seorang warak, Fauzi Nawawi minta nasihat sebelum terima ‘Munafik 2’

Fauzi Nawawi mendapatkan nasihat ibu sebelum menerima tawaran berlakon filem 'Munafik 2'.

PELAKON Fauzi Nawawi berkata dia telah mendapatkan nasihat ibunya terlebih dahulu sebelum menerima tawaran berlakon dalam filem Munafik 2.

Menurut Fauzi, ibunya, Siti Aminah Chin, 70, merupakan seorang yang warak dan dia percaya naluri ibu itu sentiasa tepat.

"Ibu saya agak warak dan mementingkan soal agama, dia yang mengajar mengaji Al-Quran dan mendidik saya mengenai Islam sejak kecil.

"Sebelum saya bersetuju nak berlakon dalam drama ini, saya minta restu ibu saya terlebih dahulu dan dia minta saya buat solat istikharah.

Fauzi merupakan orang kanan ketua ajaran sesat, Abuja lakonan Nasir Bilal Khan.

"Bila ibu kata okay dan saya pun yakin untuk berlakon dalam filem ini baru saya bersetuju menerima tawaran tersebut," katanya kepada mStar Online.

Fauzi ditemui selepas tayangan perdana filem Munafik 2 yang diadakan di MM Cineplex, Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, Fauzi turut memberitahu dia ada bertanyakan kepada pakar agama bagi memastikan tiada unsur yang memesongkan akidah dalam skrip tersebut.

"Sebelum ke set penggambaran, saya juga ada bertanya beberapa orang pakar agama dan ustaz mengenai watak ini.

Barisan pelakon filem Munafik 2.

"Lebih penting adalah skrip serta hadis-hadis palsu yang akan diucapkan dalam filem ini tidak memesongkan akidah," katanya.

Pelakon drama Dua Marhalah ini membawakan watak Umar iaitu merupakan orang kanan kepada Abuja lakonan Nasir Bilal Khan

Selain Fauzi, filem ini turut dibintangi oleh Syamsul Yusof, Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Nasir Bilal Khan dan Datuk Rahim Razali .

Munafik 2 arahan Syamsul Yusuf yang menelan belanja RM2.9 juta akan ditayangkan dipawagam bermula 30 Ogos ini.

Fauzi Nawawi, Munafik 2

Artikel Lain