suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Now You See Me' Balas Dendam Dengan Silap Mata

The Four Horsemen
The Four Horsemen
The Four Horsemen

Filem: Now You See Me

Pengarah: Louis Leterrier

Durasi: 1 jam 55 minit

Tayangan: 30 Mei 2013

Pelakon: Jesse Eisenberg, Dave Franco, Isla Fisher, Woody Harrelson, Morgan Freeman, Mark Ruffalo, Melanie Laurent dan Michael Caine.

FILEM ini cuba memaparkan elemen pembalasan dendam dengan menggunakan silap mata sebagai subjek utamanya.

Garapan yang dibuat sempurna oleh Louis Leterrier ini membuat penonton sentiasa berteka-teki dan teruja untuk menunggu sehingga ke penghujung.

Watak empat orang ahli silap mata yang mempunyai karakter tersendiri itu memaparkan helah dan penipuan dalam kerjaya silap mata.

Filem yang ditulis sepenuhnya oleh Boaz Yakin dan Edward Ricourt ini agak bercelaru dan memerlukan tahap konsentrasi daripada penonton.

Now You See Mee bermula dengan pertemuan yang diaturkan oleh empat orang silap mata yang dikenali sebagai ‘The Four Horsemen’.

Kelebihan yang ada pada mereka dalam seni silap mata telah berjaya memperdayakan penonton yang dalang menyaksikan persembahan silap mata mereka.

Kejadian demi kejadian silap mata yang diragui banyak pihak menarik minat FBI untuk menyiasat keempat-empat mereka.

Keempat-empat mereka juga ditahan untuk penyiasatan dalam kes rompakan sebuah bank di Paris, bagaimanapun dilepaskan kerana tiada sebarang bukti.

Now You See merupakan naskhah ringan namun memerlukan penonton untuk fokus dan lebih banyak berfikir.

Antara pelakon ialah Jesse Eisenberg, Isla Fisher, Dave Franco dan Woody Harrelson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain