USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu memberitahu salah faham yang berlaku antara dia dan bekas isteri iaitu penyanyi Adira Suhaimi berpunca daripada dirinya sendiri.
Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 47, berkata keadaan emosi yang tidak stabil membawa kepada perbalahan sehingga menyebabkan Adira meninggalkannya di sebuah lebuh raya.
"Fikiran saya bercelaru ketika itu. Mungkin saya tertekan apabila memikirkan tentang perniagaan. Saya tidak berfikir secara jelas.

Adnan dan Adira selesa untuk tidak kongsi punca sebenar berlaku pertengkaran.
"Sebagai manusia ada ketika saya pun beremosi. Apa yang berlaku adalah di luar jangkaan," katanya ketika dihubungi mStar.
Adnan juga tidak mahu isu itu terus berpanjangan supaya dia dapat terus memberi fokus kepada perniagaan selain tanggungjawab terhadap anak-anak.
"Apa yang berlaku sudah pun terjadi. Saya pun tidak mahu bercakap banyak tentang perkara itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red tertekan dituduh asyik minta simpati, luah rasa penat cari rezeki… “Saya minta kerja, tiada orang nak bagi”
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tinggalkan bekas suami tepi ‘highway’, Adira pastikan dulu tempat selamat… “Cukup kami berdua sahaja tahu punca”
"Saya hanya mahu mohon maaf kepada semua atas apa yang telah berlaku," ujarnya.
Terdahulu Adira yang ditemui dalam satu acara pada Jumaat tidak menafikan berlaku perbalahan antara mereka berdua.

Adira tidak nafi tinggalkan Adnan di sebuah lebuh raya.
Dia juga enggan mendedahkan punca sebenar perbalahan sehingga terjadi kejadian seperti itu.
Untuk rekod, Adira dan Adnan pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


