suria

Bagasi kena umpil, Kak KM sedih wang tunai RM10,000 dan beg jenama mewah hilang ketika dalam penerbangan

Kak KM berang apabila wang dalam bagasi miliknya hilang.

USAHAWAN sensasi Kak KM terpaksa berputih mata selepas wang tunai miliknya berjumlah RM10,000 lesap ketika dia berada dalam pesawat dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur, dua minggu lalu.

Selain wang tunai, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberitahu tiga buah beg berjenama mewah dianggarkan bernilai RM16,000 juga hilang dicuri.

Dia mula menyedari perkara tersebut selepas mendarat di Kuala Lumpur dan mendapati terdapat kesan umpilan pada bagasi yang dibawa masuk ke dalam kabin.

kak km 2

Kak KM masih menunggu jawapan dari syarikat penerbangan berkenaan.

"Dalam luggage yang saya bawa itu ada wang tunai dan juga tiga lagi beg kecil jenama mewah. Semuanya lesap ketika dalam penerbangan.

"Saya sedar apabila melihat ada kesan seperti ditoreh dengan benda tajam. Pelik juga sebab penumpang tak boleh bawa peralatan tajam naik pesawar," katanya ketika dihubungi mStar.

Susulan kejadian itu Kak KM tampil membuat laporan polis pada 29 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM mengamuk lagi, berang netizen perlekeh anak dapat 4 flat - “Kau anak bodoh, duduk diam-diam”

ARTIKEL BEKAITAN: Kecoh Kak KM bakal pegang status janda, hubungan dengan suami tiada masalah... Isu kereta remuk tak jejas rumah tangga

Kata Kak KM, dia sudah meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) syarikat penerbangan berkenaan serta ganti rugi sekiranya ia melibatkan kecuaian kakitangan mereka.

"Mestilah mereka ada rakaman CCTV. Saya nak tahu bagaimana kejadian sebegitu boleh berlaku. Pelik sebab macam sudah dirancang," ujarnya.

Tambah Kak KM lagi, dia berani berkongsi perkara tersebut kerana pihak berkenaan seolah-olah sengaja mengambil mudah laporan yang dibuat.

kak km 3

Kak KM kesal kejadian hilang duit berlaku ketika dalam penerbangan.

"Selama ini saya percaya dengan syarikat berkenaan sebab tak pernah terjadi apa-apa. Saya rasa apa yang berlaku seperti sudah dirancang. Saya duduk di barisan hadapan sedangkan beg berkenaan di simpan di barisan belakang.

"Sudah dua minggu kejadian berlaku dan mereka seolah-olah mahu lepas tangan. Kata mereka perkara begini sering berlaku tapi saya tidak akan berdiam sebab banyak duit yang hilang," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain