suria

Wan Sharmila disebut bakal jadi menantu, ibu Shuib perjelas maksud di sebalik ‘biar gambar berbicara’

Nama pelakon Wan Sharmila disebut-sebut bakal jadi isteri Shuib.

MEMUAT naik gambar bersama dan saling berbalas komen, ada segelintir netizen yang anggap ibu kepada pelawak Shuib iaitu Salamiah Jalani, seakan-akan memberi bayangan bahawa pelakon Wan Sharmila bakal menjadi menantu baharunya.

Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan kapsyen berbunyi, 'biar gambar berbicara' yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat.

Menjelaskan segala kekeliruan itu, Salamiah berkata, gambar yang dimuat naik hanyalah sekadar perkongsian sebagai kenang-kenangan bersama Wan Sharmila kerana dia juga meminati pelakon itu.

shuib 33

Salamiah gembira jika Shuib kembali bertemu jodoh.

Mengulas jika aktres berkenaan bertemu jodoh dengan Shuib, sebagai ibu dia menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah.

"Tentang bakal jadi menantu, saya serahkan sepenuhnya kepada Allah. Kita hanya merancang, tetapi Allah yang mengatur segala-galanya.

"Saya seorang peminat Wan Sharmila, gembira dapat berjumpa dengan dia," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah siap panggil Mama! Ibu bagi hint hubungan Shuib dan Wan Sharmila, pengurusan kata ‘macam peminat bergambar dengan artis’

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib batal hasrat ubah suai rumah selepas mimpi cari arwah Siti Sarah... Baju terakhir dipakai jadi pengubat rindu

Pelakon 7 Hari Mencintaimu itu hadir sebagai salah seorang tetamu ketika majlis bacaan tahlil bersempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada Isnin lalu di kediaman Shuib di Puchong, Selangor.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) akibat Covid-19.

Dalam pada itu, Salamiah berkata, selepas setahun pemergian menantu kesayangannya, dia tidak menolak jika Shuib kembali bertemu jodoh dengan wanita pilihannya suatu hari nanti.

Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang? Apa yang boleh buat Shuib gembira, InsyaAllah saya akan lebih gembira.

SALAMIAH JALANI

Sebagai ibu, dia mahu melihat anaknya hidup bahagia dan gembira.

"Siapa yang tidak mahu tengok anak bahagia? Yang pergi tetap pergi. Yang masih hidup kena teruskan kehidupan.

"Saya tidak kisah andai Shuib mahu kembali berkahwin. Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang? Apa yang boleh buat Shuib gembira, InsyaAllah saya akan lebih gembira.

shuib 34

Shuib tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menjaga anak-anak.

"Shuib seorang anak yang baik, ayah bertanggungjawab. Dia tidak pernah mengabaikan anak-anak. Saya sentiasa doakan Shuib terus kuat menjalani kehidupan," jelasnya.

Terdahulu gambar yang dikongsi oleh Salamiah dan Wan Sharmila sendiri menjadi bualan netizen sehingga ada yang bersetuju pelakon itu menggantikan tempat arwah Siti Sarah sebagai isteri Shuib.

Shuib dan Siti Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 2011 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, setahun.

Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Allahyarham meninggal dunia ketika usia kandungannya berusia lapan bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu