Kemelut berakhir... Lufya Omar, Dr Che Hafiz sah bercerai talak satu - “Harap tiada halangan jalan tanggungjawab sebagai bapa”

Dr Che Hafiz mengesahkan dia dan Lufya sudah cerai talak satu pada Jun lalu.

KEMELUT rumah tangga penyanyi Lufya Omar dan Dr Che Hafiz akhirnya menemui titik noktah selepas pasangan ini bercerai talak satu pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berharap selepas pendedahan ini, dia tidak dikaitkan lagi dengan penyanyi itu memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa hampir setahun tak jenguk anak, ini penjelasan Dr Che Hafiz - “Cukup-cukuplah... orang dah muak dengan isu ini”

Menurut Dr Che Hafiz, tujuan dia berkongsi perkara itu supaya tiada lagi berlaku salah faham atau pra sangka buruk terhadap dirinya berhubung isu berkaitan rumah tangga mereka.



Dr Che Hafiz sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya.

"Sebenarnya, saya dan Lufya sudah sah bercerai pada 17 Jun lalu di hadapan hakim di mahkamah. Saya berharap sangat selepas ini tiada lagi pihak yang cuba mengaitkan saya dengan dia sebab kami bukan suami isteri lagi.

"Saya beritahu perkara ini sebab tak ada lagi timbul salah faham antara mana-mana pihak atau berlaku pra sangka buruk terhadap saya. Apa-apa saya minta maaf dan harap semua pihak memahami," kata Dr Che Hafiz kepada mStar.

Dr Che Hafiz mendedahkan perkara itu selepas Lufya memuat naik status menyentuh tanggungjawab seorang suami terhadap anak di Instagram miliknya pada Isnin.

Soal anak, saya tetap sentiasa berusaha untuk jalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin

DR CHE HAFIZ

BEKAS SUAMI LUFYA

Sebelum ini, Lufya pernah mendakwa bekas suaminya sudah hampir setahun tidak menjenguk anak mereka iaitu Laana Haura namun Dr Che Hafiz enggan mengulas perkara itu kerana isu itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz berjanji untuk berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa walaupun mendapat pelbagai halangan.

"Soal anak, saya tetap sentiasa berusaha untuk jalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin dan berharap ia tidak dihalang oleh Lufya," ujarnya.

Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dr Che Hafiz, Lufya Omar,

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain