Da'i Farhan dedah 18 wanita ajak kahwin terpaksa tolak! - “Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana di Makkah” - Sensasi | mStar

Da'i Farhan dedah 18 wanita ajak kahwin terpaksa tolak! - “Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana di Makkah”

JUARA Da'i musim kedua, Nik Ahmad Farhan yang hangat dilanda kontroversi apabila berkahwin dengan janda beranak lapan mendedahkan sudah dipelawa oleh 18 orang wanita yang berhasrat menjadi isteri keduanya sebelum ini.

Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, bagaimanapun menjelaskan dia terpaksa menolak kesemua hajat wanita itu atas dasar tiada keperluan untuk berbuat demikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa dah jadi? Da'i Farhan didakwa nikah janda anak lapan secara rahsia, isteri pertama pula sedang hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Farhan buat laporan polis dan saman rakan baik isterinya - “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dapat mudarat”

Bagaimanapun dia tidak mampu menolak takdir Allah yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke 19 yang kini bergelar isteri keduanya selepas mereka diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

“Jujur saya katakan, sudah 18 orang wanita sudah meminta untuk menjadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun semuanya saya tolak dengan mudah, namun wanita yang ke 19 ni membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.

“Masyallah... Auranya membuatkan saya terkenang kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah," katanya kepada mStar.


Da'i Farhan dedah tolak pelawaan 18 wanita yang ingin bergelar isteri keduanya.

Pendedahan Nik Farhan menikahi seorang janda anak lapan di Makkah beberapa hari lalu mendapat kecaman ramai apabila didakwa pernikahan berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Farhan bagaimanapun menegaskan isteri pertamanya berfikiran terbuka mengenai konsep berpoligami kerana wanita itu sendiri pernah meminta Farhan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri.

“Sejujurnya isteri saya pernah minta saya kahwin dengan rakannya sendiri atas dasar ingin membantu kenalannya itu. Ia bermakna dia dapat menerima untuk bermadu.

“Namun saya menolak mentah-mentah kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian,” tambahnya.

Isteri kedua Farhan merupakan seorang doktor perubatan yang kini bergelar usahawan.


Dai farhan , nikah , janda

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain