“Nak hina, hinalah! Saya sedang cuba selamatkan perkahwinan ini” - Ammar Alfian - Sensasi | mStar

“Nak hina, hinalah! Saya sedang cuba selamatkan perkahwinan ini” - Ammar Alfian

Ammar Alfian menjelaskan cuba memperbaiki rumah tangganya.

PELAKON Ammar Alfian menjelaskan tindakannya memuat naik foto bersama isteri pada Ahad lalu dengan tujuan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Mengakui banyak melakukan kesilapan ketika usia muda, Ammar berkata, dia kini sedang berusaha untuk berubah menjadi seorang lelaki yang lebih baik dan bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia bercuti ketika saya sakit, kantoi mesej wanita lain ketika majlis baby shower” - Isteri nekad teruskan kehidupan tanpa Ammar Alfian

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami sudah tidak bersama tapi masih suami isteri” - Isteri Ammar Alfian mengaku tak tinggal sebumbung, mahu fokus kandungan

"Nak hina, hinalah. Kalau mahu menilai saya daripada kesalahan yang telah saya lakukan, terpulang.

"Saya tidak sempurna. Setiap hari saya mencuba untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

"Kalau ada perempuan murah yang cuba mendekati, ianya sekadar sentuh dan saya akan tinggalkan mereka. Itu sewaktu saya masih muda.

"Sekarang sudah tua. Saya dah tak buat perkara itu. Saya cuba untuk menjadi seorang Muslim, suami dan ayah yang lebih baik," katanya.

Ammar menjelaskan dia sedang mencuba untuk menjadi seorang Muslim, suami dan ayah yang lebih baik.

Ammar meluahkan perasaan kesal itu melalui Instagram miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Ammar berkata, dia cuba meninggalkan sikap buruknya dan ingin memperbaiki rumah tangga mereka yang sedang bermasalah itu.

Cukup untuk anda tahu, saya sedang mencuba yang terbaik untuk memperbaiki perkahwinan ini.

Ammar Alfian

PELAKON

"Sebelum ini saya mudah marah walaupun mereka hanya memandang kepada saya.

"Buat peminat, saya bukanlah seorang role model yang baik dan saya menyedarinya.

"Cukup untuk anda tahu, saya sedang mencuba yang terbaik untuk memperbaiki perkahwinan ini," katanya.

Terdahulu, Ammar berkongsi foto memeluk isterinya yang kini sedang hamil lapan bulan berserta kapsyen memberi gambaran mereka sudah berbaik.

Bagaimanapun, Nelissa menjelaskan dia tidak akan kembali menjalani kehidupan bersama sebagai suami-isteri seperti yang digambarkan menerusi laman Instagram suaminya itu.

Isu rumah tangga mereka mula menjadi bualan hangat netizen apabila Nelissa mendedahkan perlakuan curang suaminya secara terbuka di Instagram.

Ammar Alfian , Nelissa Nezam

Artikel Lain

Luiz dedah punca pindah ke Arsenal