Fizo Omar ceraikan Mawar talak satu - Sensasi | mStar

Fizo Omar ceraikan Mawar talak satu

Fizo melafazkan cerai terhadap Mawar di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan pada Rabu.

SUASANA tenang menyelubungi galeri Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi apabila pelakon dan usahawan Fizo Omar melafazkan cerai terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim pada pagi, Rabu.

Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan talak satu terhadap Mawar, 30, pada pukul 10.55 pagi.

Lafaz cerai Fizo dibuat di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizo sedia naik mahkamah... “Apa jua yang terjadi Mawar tetap ibu kepada anak kami”

ARTIKEL BERKAITAN: “Seandainya perpisahan terbaik buat kami, saya reda” - Fizo Omar ulas isu rumah tangga bergoncang

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar Kongsi Rawatan Kehamilan Isteri Fizo Omar

Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

Hak penjagaan anak mereka Wan Maryam yang kini berusia dua tahun diberikan kepada Mawar.

Menerusi laporan media, Fizo juga mengakui terkejut apabila dimaklumkan isterinya sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.

Fizo dan Mawar bersama anak mereka, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Mawar, 30, pernah memberitahu dia sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumah tangga mereka.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini mendapatkan rawatan daripada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arsat untuk memperoleh zuriat.

Fizo Omar , Mawar Abdul Karim

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini