“Niat dihati untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu” - Awi Rafael batal nikah Atikah Suhaime Ahad ini - Sensasi | mStar

“Niat dihati untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu” - Awi Rafael batal nikah Atikah Suhaime Ahad ini

Awi umum tak jadi kahwin dengan Atikah pada Ahad ini.

MAJLIS pernikahan penyanyi Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaime yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini di Singapura dibatalkan secara tiba-tiba.

Awi, 33, menerusi laman Instagram pada Khamis memberitahu dia sudah mencuba yang terbaik terhadap bekas tunangnya serta keluarga untuk persediaan majlis tersebut.

Menurut Awi, dia membuat keputusan untuk bertunang tahun lalu kerana berniat untuk menutup aib Atikah yang dahulu dan membawa pelakon itu ke jalan Allah.

Bagaimanapun, Awi menganggap dugaan baru itu terlalu berat buatnya memandangkan dia masih mempunyai ibu serta perlu menjaga maruah keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Beri saya ruang”- Atikah Suhaime akur keputusan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Lima Bulan Kenal, Atikah & Awi Rancang Nikah Mac Tahun Depan

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime, Awi Rafael sepatutnya nikah awal


Awi mengumumkan majlis pernikahannya dibatalkan menerusi laman Instagram.

"Awi harap semua teman akan faham. Awi sudah cuba buat yang terbaik untuk dia dan Awi sekeluarga sudah pun bersedia untuk Ahad ni.

"Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerana itu Awi tawakal dan terus tunang sejak tahun lalu.

Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru.

AWI RAFAEL

PENYANYI

"Namun Awi juga mempunyai ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham. Dahla, Awi pun tak ingin buka aib sesiapa," katanya.

Awi atau Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.

Dalam pada itu, Awi beranggapan apa yang terjadi merupakan jawapan saat akhir untuk solat istikarah yang dilakukannya.

Awi dan Atikah bertunang pada 17 Mac tahun lalu.

Menurut Awi, dia akan membayar semula tiket penerbangan ke Singapura dan sebagainya yang telah ditempah ahli keluarga terdekat.

Malah, Awi turut akan menghubungi pihak penaja perkahwinannya untuk didermakan kepada rumah kebajikan kanak-kanak.

"Jodoh di tangan Tuhan dan mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat-saat akhir ini. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa sokong dan sayang.

"Jangan risau saya akan bayar balik semua yang sudah membeli tiket penerbangan dan sebagainya. Terima kasih untuk hubungi saya.

"Kepada penaja untuk kad perkahwinan, kek dan makanan serta sebagainya, jangan risau saya akan hubungi anda juga. Kita boleh berikan kepada rumah kebajikan kanak-kanak," ujarnya.

Atikah sebelum ini pernah terkait dengan penyebaran foto tidak senonoh.

Awi Rafael , Atikah Suhaime

Lebih Artikel