Aiman Tino membisu... Video panas terus jadi perdebatan - Sensasi | mStar

Aiman Tino membisu... Video panas terus jadi perdebatan

Penyebaran video mirip penyanyi Aiman Tino kini sedang hangat diperkatakan warganet.

BAGAIKAN tiada kesudahan, sejak Isnin warganet sekali lagi digemparkan dengan penyebaran video lucah dipercayai mirip penyanyi remaja Aiman Tino di laman sosial Twitter.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, wajah lelaki mirip Aiman itu dapat dilihat pada lima saat pertama sebelum dia dilihat berundur ke belakang bagi mengelak wajahnya dirakam kamera.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat melakukan aksi tidak senonohnya dipercayai di dalam bilik.

Bagaimanapun, penyebar video itu menutup kemaluan lelaki tersebut menggunakan stiker grafik sepanjang video itu.

Dalam pada itu, warganet yakin individu tersebut adalah penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu kerana bingkai gambar di dinding bilik video itu dirakamkan sama seperti dalam video terbitan mStar Online menerusi segmen #Bizibody ketika berkunjung ke kediaman Aiman sebelum ini.

Aiman Tino.

Peminat penyanyi berusia 21 tahun itu juga kebanyakannya berasa kecewa dengan penyebaran video itu selain meluahkan rasa tidak percaya individu itu adalah Aiman.

Bagaimanapun terdapat usikan-usikan nakal netizen terhadap Aiman dengan memintanya agar tidak merakamkan aksi seperti itu pada masa akan datang.

"Pagi-pagi dah rosak mata aku tengok Aiman Tino xxxxxxxx," kata netizen.

Ada juga pemilik Twitter yang meminta video berkenaan untuk melihatnya.

"Mana video Aiman Tino, mana? Nak tengok!"

Dalam pada itu usaha mStar Online untuk mendapatkan reaksi Aiman berhubung perkara ini juga tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar kepadanya tidak dijawab.

Dia terus berdiam diri dan tidak memberi sebarang reaksi berhubung isu itu termasuklah di laman sosialnya walaupun netizen bertanyakan soalan bagi mengetahui perkara sebenar.

Pun begitu, pihak pengurusannya meminta semua pihak memberi ruang kepada penyanyi itu buat sementara waktu.

Sebelum ini, beberapa selebriti lelaki tempatan yang lain pernah terpalit dengan kontroversi sama seperti Syafiq Kyle, Ammar Alfian, Ameer Forteen dan Idris Khan.

Aiman Tino

Artikel Lain