PELAKON dan pengacara Singapura, Roslan Shah bakal tampil dengan single terbaharu berjudul Hantu Hantu Hantu hasil kolaborasi bersama vokalis kumpulan Sixth Sense, Adi.
Rakaman lagu tersebut dijangka dilakukan minggu depan sekali gus menjadi langkah baharu dalam perjalanan seni Roslan.
Menurut Roslan, peluang bekerjasama dengan Adi hadir selepas fenomena luar biasa program Night Walk yang semakin popular bukan sahaja di Singapura, malah turut tular hingga ke Malaysia dan Indonesia.
“Alhamdulillah, selepas program itu tular, rezeki saya semakin terbuka luas. Minggu depan saya akan masuk studio untuk rakam single Hantu Hantu Hantu bersama Adi Sixth Sense.
Ramai selebriti terkenal diundang dalam program Night Walk bersama Roslan.
"Selain itu, banyak juga tawaran persembahan dan lakonan saya terima,” katanya.
Menurut Roslan, fenomena program Night Walk bermula apabila dia menerima pelawaan pempengaruh dan usahawan, Mangobossku untuk turut serta dalam program berkenaan.
“Mulanya idea itu hanya suka-suka. Saya, Mangobossku dan rakan lain berjalan waktu malam sekitar Singapura. Kami bukan paranormal, sekadar berjalan sambil berkongsi pengalaman. Apa yang muncul ketika rakaman itu dianggap bonus.
“Tak sangka ia jadi fenomena hingga mencecah ratusan ribu tontonan di saluran YouTube MBK Film Studio. Saya percaya penonton terhibur dengan gelagat kelakar seram saya bersama tetamu lain,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat nak peluk, Roslan Shah akui tak sekufu dengan Vida... “Saya takut nak kahwin dengan dia sebab kekayaan kami tidak sama”
ARTIKEL BERKAITAN: Murah hati Vida belikan Roslan Shah telefon harga RM7,799, netizen mula seloroh hantaran kahwin ‘Lanvida’
Antara selebriti yang telah memeriahkan program itu ialah Ustaz Ebit Lew, Datuk Seri Vida, Datuk Adi Putra, Nabil Ahmad, Radin dan Azlee Senario.
Kata Roslan, maklum balas positif yang diterima turut membuka pintu rezeki apabila menerima pelbagai tawaran termasuk kolaborasi dengan artis Malaysia dan Indonesia.
“Malah, selepas ini Night Walk akan menampilkan selebriti besar seperti Fattah Amin dan Zizan Razak.
"Syukur, 2025 nampaknya menjadi tahun saya selepas melalui banyak cabaran sebelum ini. Terima kasih kepada Mangobossku, sahabat-sahabat dan peminat yang tidak putus memberi sokongan,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


