suria

Fikry Ibrahim nafi bakal bercerai, dedah isteri ke mahkamah untuk tarik balik permohonan

Isteri Fikry tarik balik permohonan cerai.

PENGACARA dan pelakon Fikry Ibrahim menepis dakwaan bakal bercerai dengan isterinya, Siti Khalizah Alizan. 

Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, berkata, kehadiran isteri ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis adalah bagi membatalkan permohonan cerai yang dibuat sebelum ini. 

“Sebenarnya pagi tadi dia ke mahkamah untuk tarik semula kes. Hari ini semuanya okay sahaja,” katanya.

Hubungan Fikry dan isteri dalam keadaan baik.

Fikry berkongsi perkara itu ketika tampil sebagai pengacara Melodi yang bersiaran pada malam Khamis di TV3.

Fikry memberitahu, dia turut menemani isterinya ke mahkamah pada pagi Khamis.

Menegaskan perkahwinan mereka masih kekal bahagia, Fikry turut menolak tanggapan beberapa pihak yang bercakap buruk tentang rumah tangga mereka. 

Malah dia memberitahu akan terus mempertahankan perkahwinan yang baru memasuki bulan keempat. 

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Fikry Ibrahim tuntut cerai, rumah tangga didakwa bergolak

ARTIKEL BERKAITAN:Fikry Ibrahim ada sebab rahsia majlis nikah, jawab dakwaan kena paksa kahwin

“Kami kahwin atas dasar cinta. Bukan kerana paksaan. 

“Ada yang kata dia kena jaga ibu saya, sebenarnya tak benar. Isteri sentiasa ikut ke mana saya pergi. 

“Syukur kami masih dalam keadaan baik. Saya akan teruskan bahtera perkahwinan ini,” ujarnya. 

Pada pagi Khamis, Khalizah hadir ke mahkamah bagi tujuan sebutan pertama kes perceraian yang telah difailkan pada Mei lalu. 

Rumah tangga Fikry dan isteri kembali jernih.

Permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan sebutan kedua kes pasangan itu pada 10 September depan.

Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain