suria

Shuib dan Watie Hanifah nikah Jun depan, rasa segan kongsi tentang perancangan kahwin

Shuib bakal mendirikan rumah tangga bersama Watie pada Jun depan.

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Shuib mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu ahli perniagaan Watie Hanifiah pada Jun depan.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, sebanyak 30 peratus persiapan perkahwinan telah dibuat namun mengakui berasa malu untuk berkongsi tentang majlis pernikahannya nanti.

"30 peratus persiapan kahwin dah siap, Insya Allah saya dan Watie akan bernikah pada bulan Jun tahun ini.

"Dewan dah tempah. Saya sebenarnya rasa malu nak bercerita fasal ini. Nak kongsi dengan kawan pun saya rasa malu. Insya Allah majlis pernikahan dan bersanding akan diadakan serentak Jun nanti," katanya kepada mStar.

shuib2 - 1

Shuib tidak mahu majlis perkahwinan yang terlalu meriah.

Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Melakar Pahala Warnai Raya bersama Suria FM yang diadakan di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Shuib memberitahu dia tidak menolak sekiranya ada pihak yang mahu memberi tajaan buat majlis perkahwinannya nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Kalau sorok-sorok orang marah" - Kehadiran Watie takdir ditentukan, Shuib rancang bawa hubungan ke fasa seterusnya

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berbaju sedondon ke konsert, Shuib jawab spekulasi hubungan dengan usahawan jelita... "Netizen lebih dahsyat daripada penyiasat"

Kata Shuib, dirinya terbuka untuk menerima tajaan yang bakal mendatangkan keuntungan bagi kedua-dua belah pihak.

"Dalam istilah tajaan ini, sudah tentu dua-dua pihak akan mendapat keuntungan. Jadi, kenapa pula kami nak menolak.

"Kalau ada yang nak bekerjasama, saya dapat sekian sekian dan mereka pun boleh mendapat liputan, jadi tak salah sekiranya kita bekerjasama. Kalau memang ada yang nak menaja, Alhamdulillah rezeki kami," ujarnya.

30 peratus persiapan kahwin dah siap, Insya Allah saya dan Watie akan nikah pada Jun tahun ini.

SHUIB

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

Shuib bagaimanapun enggan membuat majlis perkahwinan yang terlalu meriah, namun dia juga tidak mahu hari bahagia mereka terlalu ringkas.

Pelawak itu berkata dia lebih memikirkan tentang keluarga, tambahan pula ini merupakan perkahwinan pertama buat bakal isteri.

"Pernikahan saya nanti, saya tidak mahulah ia terlalu meriah tapi tak mahu terlalu ringkas juga. Ini kerana saya memikirkan ahli keluarga.

"Bagi Watie sendiri, ini merupakan perkahwinan pertamanya. Jadi, mungkin keluarga dia nak meraikan. Insya Allah majlis kami nanti tak berapa grand, tetapi tak juga terlalu ringkas," katanya.

shuib3 - 1

Persiapan perkahwinan Shuib sudah dilakukan sebanyak 30 peratus.

Sebelum ini, netizen membuat spekulasi Shuib sedang berkawan rapat dengan Watie kerana dilihat berpakaian sedondon ketika menonton konsert Dewa 19 pada September lalu.

Shuib bagaimanapun membuat pengakuan bahawa dia sedang berkawan rapat dengan Watie dan tidak berselindung lagi apabila membawa Watie ke Konsert ulang tahun ke-25 Lah VE pada 29 Januari.

Untuk rekod, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain