suria

Patutlah garang! Ketegasan ibu bapa dan guru ketika kecil bentuk karakter Mas Idayu 

Mas mengakui dibesarkan dengan cara tegas.

PENYANYI Mas Idayu memang terkenal dengan sikap tegas dan garang apabila duduk di kerusi juri bagi mengadili peserta program nyanyian.

Bagaimanapun kata Mas Idayu atau Mas Idayu Mesnun, 51, karakternya itu sebenarnya adalah kesan cara dia dibesarkan yang menjadikan siapa dirinya seperti hari ini.

Kata Mas Idayu, ketika zaman persekolahan, dia dikelilingi guru-guru yang tegas dan garang malah ibu bapanya juga sangat tegas dalam mendidik mereka adik-beradik.

"Sejak sekolah, Mummy (panggilan Mas Idayu) sering dikelilingi oleh guru-guru yang tegas dan garang malah di rumah pun ibu bapa Mummy seorang yang tegas.

mass2 - 1

Mas dan Ajai selaku juri tetap Famili Duo.

"Masa kecil kita memberontak kerana kurang faham apa yang mereka mahu tetap akhirnya Mummy faham bahawa ketegasan itu boleh membuatkan seseorang menjadi lebih baik," katanya.

Mas berkongsi perkara itu menerusi sebuah video memperlihatkan dia berpelukan dengan Sissy Imann yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Biar netizen maki saya dulu, asalkan jangan ganggu peserta saya" - Mas Idayu perjelas isu 'membatu' sejak isu Sissy Iman dan Naim Daniel

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya ikhlas" - Mas Idayu akhirnya buka mulut, puji vokal Sissy Imann dan Naim Daniel terbaik di pentas akhir Famili Duo

Dalam pada itu, Mas Idayu memberitahu dia tidak pernah mempunyai niat untuk memburukkan Sissy sebaliknya hanya mahukan yang terbaik buat penyanyi tersebut.

Malah Mas turut menasihati Sissy agar mengharungi perjalanan kariernya dengan gembira selain mendoakan agar semua peserta Famili Duo terus sukses.

"Mummy tidak pernah ada niat walau sekelumit pun untuk menjerumuskan kamu agar lebih buruk. Walau dengan cara kasar boleh membuatkan kamu terkenal, jalani sahaja.

mass3 - 1

Tiada lagi kemelut antara Mas dan Sissy.

"Masih panjang perjalanan karier kalian. Enjoy santai. Usai Famili Duo tempoh hari, selamat maju jaya untuk kamu semua," ujarnya.

Terdahulu, persembahan Sissy dan Naim Daniel yang menyampaikan lagu Jampi versi keroncong pada minggu keenam Famili Duo mendapat kritikan pedas Mas yang dianggap keterlaluan sehingga dia dikecam netizen.

Teguran itu membuatkan Sissy tidak dapat menahan air mata dan meninggalkan program tersebut selepas membuat persembahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain