suria

“Pulanglah Zal...” - Pelbagai spekulasi timbul, Ras Adiba Radzi belum putus asa jejak Zalina Azman

Ras terus mengharap Zalina ditemui.

SUDAH setahun Zalina Azman dilaporkan hilang tanpa khabar berita namun hakikat itu tidak pernah membuatkan sahabatnya, Senator Datuk Ras Adiba Radzi agar dapat bertemu kembali dengan bekas personaliti TV3 tersebut.

Membuka lembaran baharu tahun 2023, Ras meluahkan rasa rindu dan masih terus mengharap agar Zalina, 60, ditemui meskipun pelbagai spekulasi mula timbul sejak kisah kehilangannya mula diperkatakan.

"Banyak yang diperkatakan dan berita palsu berleluasa, tetapi saya tidak akan putus asa.

ras 1

Ras antara rakan yang giat menjalankan usaha mencari Zalina.

"Sekiranya Zal (panggilan Zalina) membaca mesej ini, ketahuilah yang saya rindu Zal dan berharap awak akan cari saya... pulanglah," katanya.

Ras meluahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya berserta beberapa gambar Zalina.

ARTIKEL BERKAITAN: Ras Adiba Radzi tak sedap hati, gerak misi cari Zalina Azman malam ini!

ARTIKEL BERKAITAN: “Di mana awak Zally?” - Bekas personaliti TV3, Zalina Azman dilaporkan hilang

Berita kehilangan Zalina atau nama sebenarnya Zalina Shaharah Azman mula heboh diperkatakan sejak Julai lalu selepas tular satu laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam sebelum ini, anak kepada Zalina memaklumkan ibunya itu tidak dapat dihubungi sejak November 2021.

ras 2

Berita kehilangan Zalina mula diperkatakan sejak Julai tahun lalu.

Ras sendiri telah menjalankan pelbagai usaha menjejaki Zalina termasuk melakukan rondaan di sekitar kawasan rumah rakannya itu di Shah Alam selain meninjau di sekitar kawasan Bangsar di mana tempat mereka bekerja dahulu.

Orang ramai juga turut membantu mencari Zalina dan pernah sebelum ini dilaporkan beberapa orang wanita mirip Zalina di temui di kawasan berbeza sekitar Lembah Kelang.

Sementara itu pihak polis dalam satu kenyataan pada awal Disember 2022 memaklumkan kes siasatan terhadap Zalina tidak pernah ditutup malah seramai 20 individu telah dipanggil bagi merakam keterangan melibatkan ahli keluarga dan rakan bagi membantu usaha mengesannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain