suria

Juita anggap besar hati dapat rakam lagu ciptaan Akim Ahmad dan Stacy, harap ‘Pendua’ diterima pendengar

Kumpulan wanita baharu Juita tampil dengan single pertama ciptaan Akim Ahmad dan Stacy.

KUMPULAN wanita Juita berbesar hati apabila single pertama mereka berjudul Pendua yang mengetengahkan genre pop dance mendapat sentuhan pasangan penyanyi terkenal iaitu Stacy dan Akim Ahmad.

Vokalis Juita, Khairin Najihah Hisham Muddin atau Kyerin, 23, berkata, mereka meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap pasangan itu kerana masing-masing mempunyai pengalaman cukup luas berkaitan industri muzik dan penggubahan lagu.

"Sebetulnya kami semua tidak mempunyai pengalaman banyak dalam bidang muzik. Jadi kami meletakkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan dalam menentukan hala tuju muzik Juita bersesuaian dengan kelebihan dan perwatakan kami.

Juita yang dianggotai oleh empat wanita cantik

Juita mempertaruhkan Pendua sebagai single pertama.

"Akim dan Stacy banyak memberi tunjuk ajar dan ia adalah pengalaman berharga dapat bekerjasama dengan pasangan itu," katanya.

Selain Kyerin, Juita turut dianggotai oleh Nur Aini Hayati Mustafa, 25 atau Aini, Nurhusnina Haziqah Naharuddin atau Nina, 26 dan Nurnajihah Azmi atau Jay, 23.

ARTIKEL BERKAITAN: Akim, Stacy tubuh girl band Nona bukan sebab nak curi populariti Dolla

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Justin Bieber di Kuala Lumpur tunda, peminat boleh tebus semula tiket dalam 14 hari

Dalam pada itu, Nina pula memberitahu Stacy dan Akim bukan sahaja mencipta lagu untuk mereka tetapi sempat mengajar Juita tentang selok-belok industri muzik selain tidak lokek berkongsi cerita dan pengalaman sebagai seorang penghibur berpengalaman.

"Stacy dan Akim sangat tegas ketika bekerja tetapi kami sangat menghormati perkara itu kerana mereka sangat mementingkan kualiti.

"Tidak hanya itu, pasangan itu banyak menasihati kami tentang cara membawa diri termasuk, apa yang perlu kami jaga. Pendek kata, bukan tertumpu kepada muzik sahaja," ujarnya.

Akim dan Stacy tubuh syarikat pengurusan sendiri

Akim Ahmad dan Stacy menyumbang lagu untuk Juita.

Bercakap lanjut mengenai Juita, Nina berkata, mereka berempat memiliki keistimewaan tersendiri yang menjadikan mereka unik dengan karakter berbeza.

"Ada yang bersifat kelelakian, feminim, jadi itu semua agak berbeza daripada kumpulan wanita lain tetapi kami juga cuba menjadi diri sendiri. Tambahan pula konsep lagu kami pun agak berbeza dan itu boleh memberikan kelainan kepada peminat," ujarnya.

Bagaimanapun di sebalik keunikan itu, mereka mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki memandangkan kesemua anggota Juita tidak mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian.

"Ada di antara kami yang memang tak biasa menyanyi. Selama ini pun, menyanyi hanya sekadar suka-suka di karaoke sahaja. Jadi apabila pertama kali merakamkan lagu, ia proses dan pengalaman baru buat kami sebagai sebuah kumpulan," jelasnya Kyerin pula.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain