suria

[VIDEO] Masa bercinta dulu dah tahu jalan cerita tak ‘best’, Shila Amzah tak nampak boleh kembali dengan Sharnaaz Ahmad

EMPAT bulan membawa status ibu tunggal, penyanyi Shila Amzah sering menerima usikan peminat yang mendoakan agar dia kembali menjalinkan hubungan istimewa dengan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad.

Menerima gurauan dengan hati terbuka, Shila, 32, mengakui hubungannya dengan aktor itu masih baik namun keakraban tersebut hanya sebagai seorang kawan.

Tambahnya, mereka pernah melalui fasa bercinta dan menolak untuk kembali bercinta seperti dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit saman wartawan boleh beli rumah... Shila Amzah menyesal dan mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Kalah Saman Wartawan

"Saya dan Sharnaaz dah melalui jalan ini (percintaan) dan we are not happy in a relationship. Saya tidak nampak cara untuk meneruskan atau sambung kembali hubungan yang kita tahu jalan dia tak best.

"Secara peribadi saya tiada masalah dengan dia. Cuma saya rasa tak selesa nak bekerjasama, saya tak mahu netizen cakap benda yang tak perlu.

SHILA2

Shila bahagia dengan kehidupannya kini sebagai ibu tunggal.

"Semoga netizen doakan yang baik-baik kebahagiaan kami masing-masing," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran montaj drama Cinta Hilang Kata baru-baru ini.

Untuk rekod, Shila Amzah bercerai dengan Haris Idraki Elias pada Februari lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.

Saya tidak nampak cara untuk meneruskan atau sambung kembali hubungan yang kita tahu jalan dia tak best.

SHILA AMZAH

PENYANYI

Berkongsi tentang kehidupannya sebagai ibu tunggal, Shila berkata, ia bukan satu fasa yang mudah untuk dilaluinya namun menganggap ia bukan pengakhiran buat dirinya.

Ketika ditanya soal jodoh dan keinginan untuk berumah tangga kembali, Shila berkata dia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berkahwin semula sekiranya sudah ditakdirkan.

shila 1

Shila Amzah tak tutup pintu hati.

"Saya tak nafikan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal ni bukan satu perkara yang mudah. Ramai ibu tunggal di luar sana berkongsi inspirasi untuk kekal kuat dan tabah dan saya yakin ini bukan titik pengakhiran. Saya rasa ini fasa yang terindah untuk hidup saya.

"Saya tak pernah tutup saya punya hati atau dah tak nak ada relationship. Saya rasa itu terlalu negatif.

"Seandainya ada jodoh yang baik untuk saya, boleh menerima baik saya dan anak saya hati saya terbuka untuk memulakan kehidupan yang baharu. Tapi of course bukan dalam masa terdekat ni," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain