suria

Bukan susu badan sendiri, Syatilla Melvin jelaskan kekeliruan mahu jadi ibu susuan Ayash Affan... kongsi perbualan dengan Shuib

Syatilla berkongsikan perbualan WhatsApp dengan Shuib.

SELEPAS pendedahan pelawak Shuib Sepahtu tentang hasrat Syatilla Melvin menawarkan diri menjadi ibu susuan kepada anak pramatangnya, aktres itu tampil menjelaskan kekeliruan yang terjadi mengenai perkara itu.

Ujar Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, tawaran itu bukanlah daripada susu badannya namun milik seorang rakan yang baru selesai berpantang.

Bagi mengelak kekeliruan tentang berita dia mahu menjadi ibu susuan kepada anak Allahyarham Siti Sarah iaitu Ayash Affan yang berusia enam hari, Syatilla berkongsi mesej perbualannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Syatilla Melvin nak jadi ibu susuan Ayash Affan, Shuib mahu rujuk ustaz - “Pagi tadi termenung... susu siapa saya nak bagi?”

"Ini antara perbualan saya dengan Shuib semasa arwah Kak Sarah masih bertarung di ICU.

"Mungkin ada sedikit kekeliruan sesetengah pihak, InsyaAllah lepas ini dah boleh clear dah," katanya.

tilla1

Perkongsian Syatilla di Instagram.

Menerusi entri di Instagram, isteri kepada Shaheizy Sam itu memuat naik tangkapan skrin perbualannya dengan Shuib di aplikasi WhatsApp pada Ahad lalu.

"Tilla WhatsApp ni tujuannya nak tolong anak Shuib kalau perlukan susu badan. Bayi pramatang sangat-sangat perlukan susu badan.

"Kawan baik Tilla baru lepas pantang dan Alhamdulillah banyak susu badan dibuat stok.

Mungkin ada sedikit kekeliruan sesetengah pihak, InsyaAllah lepas ini dah boleh clear dah.

SYATILLA MELVIN

PELAKON

"Shuib reply Tilla kalau Shuib boleh consider," kata Syatilla.

Menerusi laporan mStar pada Khamis, Shuib mendedahkan dia banyak menerima tawaran daripada rakan selebriti wanita termasuk Syatilla Melvin yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak keempatnya itu.

sarah4

Gambar kenangan Shuib dan anak-anak dengan Allahyarham Siti Sarah.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Siti Sarah pada Rabu malam.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 petang pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain