suria

Ujian pandemik, Ikhwan akui anak seni perlu kreatif cari sumber pendapatan lain - “Kena minta nasihat artis yang dah berjaya”

Ikhwan menasihati rakan selebriti untuk menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan untuk menjana pendapatan sampingan.

PENGACARA dan bekas penyampai radio Ikhwan Rosli mengakui kehidupan sebagai anak seni antara yang berdepan ujian ketika pandemik Covid-19.

Bagi mengatasi perkara itu, Ikhwan, 37, berkata, dia dan kawan-kawan lain perlu bijak dan kreatif mencari alternatif lain sebagai sumber pendapatan sementara industri seni belum aktif seperti sedia kala,

ARTIKEL BERKAITAN: Bye Hot FM! Mark Adam dan Fizie ditamatkan kontrak - “Tak tahu macam mana rasanya bangun tidur pagi esok”

“Keadaan kini memang meresahkan apabila melihatkan ramai rakan-rakan kita yang terjejas. Ada yang sudah lama kekurangan pendapatan dan tak kurang juga yang hilang kerja pada saat genting begini.

“Apa juga situasi yang dilalui, kita perlu reda dan tenang menghadapinya. Kita jangan sesekali putus asa dan perlu terus berusaha untuk meneruskan hidup dengan apa cara sekalipun.

WhatsApp Image 2021-07-27 at 11.46.31

Bekas penyampai radio Hot FM ini simpati dengan nasib anak seni yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik.

“Kita perlu melakukan pelbagai kerja kreatif untuk mencari sumber pendapatan. Pelbagai platform digital telah wujud untuk berniaga, membuat konten menarik atau apa sahaja yang boleh menjana pendapatan sampingan.

“Untuk anak seni pula, mereka mungkin boleh mendapatkan nasihat daripada artis yang sudah berjaya. Ramai juga dalam kalangan artis yang tidak terjejas memandangkan mereka mempunyai bisnes,” katanya kepada mStar.

Kita jangan sesekali putus asa dan perlu terus berusaha untuk meneruskan hidup dengan apa cara sekalipun.

IKHWAN ROSLI

PELAKON & PENYAMPAI RADIO

Dalam pada itu, Ikhwan bakal tampil dengan programnya sendiri berjudul Bersama Bintang yang disiarkan secara langsung di dalam Facebook MTV- Multi Talent Venture.

Program itu turut mengundang beberapa selebriti popular tanah air antaranya Scha Alyahya dan Shuib Sepahtu yang berkongsi tips dan resipi kejayaan mereka selama ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Bukan sekadar program biasa kita mahu jadikan Bersama Bintang sebuah program luar biasa yang boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat pada bila-bila masa.

“Sebab itu kita gunakan platform Facebook sahaja untuk memudahkan lagi maklumat sampai terus kepada masyarakat.

“Saya yakin ini peluang terbaik untuk kita belajar sesuatu daripada mereka yang telah berjaya sebagai anak seni dan ahli perniagaan. Kalau kita mampu melahirkan lebih ramai orang yang berjaya, bukankah itu sesuatu baik?” tambahnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Kes Covid-19 dijangka meningkat - KJ