Kehidupan kembali normal, riuh sana-sini! Nabila Huda lebih seronok berkurung dengan suami - “I don't like it, boring”

Nabila seronok melalui momen indah bersama keluarga sepanjang PKP.

TIGA bulan berkurung kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Nabila Huda terkenang momen indah bersama suami dan anak di rumah sepanjang tempoh berkenaan.

Nabila berkata meskipun pergerakan mereka terhad, namun dia seronok kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti berfaedah bersama insan tersayang.

"Bila kita flashback balik masa kita semua duduk rumah tak boleh keluar, best gilakan? Semua orang rapat antara satu sama lain, masak dan makan macam-macam.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda hanya buka gerai... Jangan impikan layanan macam restoran mahal

"Sekarang semua orang dah kembali pada rutin normal! Huru-hara sana-sini... I don't like it, boring!.

"It's okay, hidup kena diteruskan... jadi untuk teruskan hidup, korang kena bersedia sebab perniagaan Sambal Isabella akan kembali tak lama lagi," katanya.



Nabila maklumkan perniagaan kek dijalankan sepanjang PKP sudah tamat operasi.

Anak kepada penyanyi rock Amy Search ini berkongsi luahannya itu menerusi Instagram pada Khamis.

Sekarang semua orang dah kembali pada rutin normal! Huru-hara sana-sini... I don't like it, boring!.

NABILA HUDA

PELAKON

Nabila dan suami Mohd Izwan Johar berkahwin pada 25 Disember 2015.

Sebelum itu Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.



Nabila bersama suami dan anak tersayang.

Dalam pada itu, Nabila turut memaklumkan perniagaan kek yang dijalankan sepanjang tempoh PKP sudah ditamatkan operasi.

"Cuma nak beritahu anda, Hippies Banana Cake sudah selesai semua tempahan dan tamah sudah perkhidmatan... kami cuma ambil tempahan khas atas permintaan.

"Terima kasih atas sokongan anda semua dari hari pertama PKP lagi," ujarnya.

Selain perniagaan kek dan sambal, Nabila turut membuka sebuah butik pakaian dan restoran yang diusahakan bersama suami di Rasta TTDI Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nabila Huda

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain