PU Rahmat sindir lelaki bertopi, Caprice bersuara tuntut penjelasan - “Orang bodoh saja akan cari saya dan tanya soalan tentang agama”

Caprice minta PU Rahmat beri penjelasan mengenai karikatur yang dikaitkan dengan dirinya.

TINDAKAN Pencetus Ummah (PU) Rahmat memuat naik karikatur berhubung gambaran situasi kaedah mendapat ilmu agama pada masa ini menimbulkan pertikaian dalam kalangan netizen.

Karikatur itu jelas menunjukkan bahawa masyarakat lebih suka mendapatkan rujukan berkaitan agama kepada selebriti media sosial berbanding golongan agamawan.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang penyanyi rap Caprice apabila dia dikaitkan sebagai selebriti media sosial dalam karikatur berkenaan berdasarkan cara pemakaiannya yang sering mengenakan topi.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa kaitan guna 'filter' di laman sosial boleh kena rogol? Caprice keliru sehingga berdebat dengan Fynn Jamal

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi semula paparan skrin foto tersebut di Instagram dan meminta penjelasan daripada PU Rahmat berkaitan perkara itu.



Caprice turut memuat naik aplikasi yang dicipta untuk memudahkan orang ramai cari ustaz.

"PU Rahmat, anda rasa dengan berkongsi foto ini adalah kelakar? Ramai orang tag dan DM saya gambar ini.

“Mamat yang pakai hoodie dan topi itu Caprice ke? Nak tanya, sejak bila orang tanya saya soalan tentang agama?

"Orang bodoh saja akan cari saya dan tanya soalan-soalan tentang agama, ” tulis Caprice.

Dalam pada itu menurut Caprice, sungguhpun tiada kelayakan dalam bidang agama namun dia menggunakan ilmu untuk membangunkan aplikasi yang memudahkan orang ramai mendapatkan penjelasan berhubung Islam.

“Maaf saya tak cukup ilmu tapi anda tahu tak, siapa bina aplikasi untuk beri orang lagi senang cari ustaz?

"Siapa bina mengaji.com untuk orang belajar mengaji dan ikut ustaz? Siapa bina IslamPro untuk kita book dan cari ustaz untuk belajar mengaji, ceramah, berubat secara Islam atau kaunseling Islamik?

"Mamat yang pakai hoodie itu. Kita dah lama bina dan berjuang untuk anak muda kita cari ilmu dan ustaz. #Rapatkansaf2040," katanya.

Tak apa, kalau kurang ilmu agama, saya sendiri akan cari guru-guru yang lagi pakar.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Caprice sebelum ini dikenali tentang perkongsiannya berkaitan isu semasa menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Pada Ahad lalu, sesi IG Live Caprice bersama penyanyi Fynn Jamal yang berdebat mengenai isu jenayah rogol juga mendapat perhatian netizen.

Caprice sebelum ini dikenali tentang perkongsiannya berkaitan isu semasa menerusi video yang dimuat naik di Instagram.



Video debat antara Caprice dan Fynn mendapat perhatian netizen.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bal ini memberitahu dia akan mencari guru yang lebih pakar sekiranya ingin mengetahui lanjut mengenai agama.

"Tak apa, kalau saya kurang ilmu agama, saya sendiri akan cari guru-guru yang lagi pakar. Anda dari dulu but*** dengan saya sebab saya tak pernah cari anda kut?

"Kalau bu** hurt sangat saya nak pesan sapu minyak cap kapak dekat buntut sambil zikir InsyaAllah anda tidur dengan tenang.

“Kalau ada masa PU, boleh tak beritahu kepada umum siapa Influencer Instagram tersebut secara jelas?

"Sebab saya nak jemput dia untuk rapatkansaf balik dengan ustaz dan mufti," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Caprice, PU Rahmat, Fynn Jamal,

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain