Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

Chef Wan muncul bersama beberapa artis undangan menerusi program Rasa Nostalgia Ramadan.

MEMANDANGKAN bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi, tentunya si isteri serta ibu di rumah gigih menyelak buku atau mencari resipi menarik di media sosial.

Maklumlah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun kini memasuki fasa keempat, maknanya sudah bermacam-macam jenis masakan dicuba.

Lebih sebulan ke dapur, tentu anda buntu atau kering idea nak masak apa sepanjang Ramadan kali ini, betul kan?

Jangan risau, kerana Astro GO menyajikan lima rancangan masakan menarik untuk anda seisi keluarga.

Sambil menonton, bolehlah sama-sama beraksi di dapur kerana inilah masanya untuk kita Eratkan Jalinan dan Indahkan Senyuman Sepanjang Ramadan!

Lebih mudah apabila anda boleh menonton secara streaming di Astro GO.

Jom kita semak senarai lima program masakan yang pastinya buat anda sentiasa tak kering idea untuk menjamu keluarga ketika bersahur dan tentu sekali semasa iftar.

Program Rasa Nostalgia Ramadan dihoskan Chef Wan akan mengimbau kenangan masakan beberapa selebriti.

1. Rasa Nostalgia Ramadan

Bermula 24 April lalu, rancangan Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua mula menemui penonton.

Menariknya program yang menampilkan cef terkemuka tanah air, Datuk Chef Wan boleh ditonton terus di telefon bimbit anda.

Program masakan tentunya akan mengimbau kenangan dan masakan kegemaran oleh selebriti tempatan sewaktu Ramadan.



Program masakan Bersama Datuk Rizalman Ibrahim yang turut menampilkan selebriti dan VVIP terkemuka di Malaysia.

2. Pung Pang Rizalman

Selain itu, penonton juga boleh mendengar celoteh ikon fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim menerusi program PungPang Rizalman.

Program memasak bersama Rizalman ini turut menampilkan selebriti undangan seperti Neelofa dan Amy Search dan Alif Satar.



Masaklah Kau uji kreativiti tetamu undangan dengan tiga bahan yang disediakan.

3. Masaklah Kau

Bagi yang mahu menguji kecekapan isteri di rumah, anda boleh menonton program Masaklah Kau.

Program ini menguji kreativiti dan kecekapan selebriti untuk menyediakan hidangan kepada tetamu misteri menggunakan tiga bahan yang disediakan.



Sherry Al Hadad dan Mira Filzah mengendalikan rancangan Resipi Mak Esah.

4. Resipi Mak Esah

Dalam pada itu, bagi peminat Sherry Alhadad dan Mira Filzah, anda berpeluang menonton gelagat mereka dalam program Resipi Mak Esah.

Program ini turut menampilkan tetamu jemputan masing-masing 'berperang' untuk menyediakan hidangan Ramadan paling lazat.



Aku Yang Masak Kau Yang Panas pertandingan memasak antara selebriti.

5. Aku Yang Masak Kau Yang Panas

Bagi yang sukakan elemen komedi, program Aku Yang Masak Kau Yang Panas pasti membuatkan anda tidak kering gusi.

Rancangan yang dihoskan oleh Jihan Muse ini pastinya menceriakan hari anda lebih-lebih lagi ia turut menampilkan beberapa selebriti tanah air.

Selain itu, penonton berpeluang memenangi telefon pintar Vivo V17 Pro dan baucer tunai JD Sport yang bernilai sehingga RM500 menerusi peraduan Muat Turun & Menang.

Pemenang akan dipilih setiap 2 minggu! Untuk maklumat lanjut, layari contests.astro.com.my/go.



Muat turun aplikasi Astro GO dan pelanggan Astro berpeluang untuk memenangi telefon pintar Vivo V17 Pro dan baucar tunai JD Sports yang bernilai sehingga RM500.

Selain itu sepanjang tempoh PKP ini, tak perlu berebut remote kerana dengan satu akaun sahaja anda boleh menonton rancangan Astro menerusi empat peranti mudah alih serentak!

Menarik bukan? Tentu sekali ia percuma kepada semua pelanggan Astro.



Mengapa bergaduh disebabkan TV apabila anda mempunyai Astro GO? Dengan satu akaun sahaja anda boleh strim Astro pada 4 peranti mudah alih secara serentak. Percuma untuk semua pelanggan Astro.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Astro GO

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain