“Wajarkah dia yang menuntut tapi kita yang pergi jumpa dia?” - Naim Daniel minta Dayana emel bukti untuk tindakan lanjut - Hiburan | mStar

“Wajarkah dia yang menuntut tapi kita yang pergi jumpa dia?” - Naim Daniel minta Dayana emel bukti untuk tindakan lanjut

Naim pernah menghubungi ibu Dayana untuk berbincang cara baik namun pihak bekas kekasihnya menolak.

KONFLIK antara penyanyi Naim Daniel dengan bekas kekasihnya iaitu Dayana Emerda masih belum menemui jalan penyelesaian.

Naim, 23, berkata dia pernah menghubungi ibu Dayana untuk bertemu dan menyelesaikan kemelut mereka secara baik namun ditolak.

Namun, Naim dan pihak syarikatnya WPW Entertainment tetap dengan pendirian mereka untuk meminta Dayana menghantar segala bukti yang ada melalui kiriman emel.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemukakan bukti jika mahu tuntut lagu Sumpah! - “Ingatkan sudah selesai rupa-rupanya masih berpanjangan

"Pihak Dayana nak buat sidang media pun tanpa pengetahuan saya dan pengurusan. Alhamdulillah, Allah permudahkan ada kenalan memberitahu saya tentang acara itu.

Dayana (tudung hijau) bersama peguamnya ketika sidang media yang diadakan baru-baru ini. 

"Saya ada hubungi ibu dia untuk bertemu dan berbincang secara baik tetapi pihak sana yang tak nak sebab katanya nak selesaikan sidang media dahulu.

"Kalau permainan ini yang mereka pilih, saya okey dan tak pernah menghalang apa-apa. Tapi seperti yang saya katakan jika ada bukti, emel kepada saya.

"Wajar ke seseorang yang ingin menuntut sesuatu tetapi kita pula yang kena datang kepada dia?" kata Naim kepada mStar.

Naim ditemui ketika sidang media pelancaran lagu terbaharunya berjudul Sembah di Skyark Event Space, Jalan Kuching, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Kalau permainan ini yang mereka pilih, saya okey dan tak pernah menghalang apa-apa.

NAIM DANIEL

PENYANYI

Sebelum ini, isu pemilikan lagu Sumpah terus berpanjangan apabila Dayana membuat tuntutan mendaftar semula lagu tersebut sebagai karya bersama.

Kemelut antara mereka timbul selepas lagu ciptaan Naim Daniel dan Omar K itu dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 34 pada 9 Fabruari lalu.

Dalam pada itu, Naim yang juga seorang pelakon memberitahu dia dan syarikat pengurusannya, WPW Entertainment berbesar hati sekiranya pihak Dayana ingin menyelesaikan cara baik.

Menurut Naim, dia tidak mahu menjadikan isu itu menganggu karier seninya kerana ingin berada dalam keadaan sentiasa positif sahaja.

"Senang sahaja, bagi segala bukti kalau dia nak selesaikan dengan cara elok sebabnya saya serta pengurusan saya memang berlapang dada.

"Insya-Allah, kalau dia tampil dengan bukti, pihak saya dan pengurusan akan berbincang dan kaji terlebih dahulu untuk melihat sama ada betul atau tidak.

"Barulah pihak pengurusan boleh mengambil tindakan selanjutnya. Tapi kalau mereka masih nak bermain dengan cara itu, terpulang.

"Daripada fikir isu itu, lebih baik saya fokus kepada orang yang saya perlu hargai iaitu peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan baik-baik," ujarnya.

Naim Daniel , Dayana , Sumpah , AJL 34

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain