suria

“Allah uji lagi, Instagram pula dicuri!” - Ali Puteh hilang 400,000 pengikut

Ali dedah akaun Instagram digodam.

BELUM reda isu pertelingkahannya dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri serta salah faham dengan kakak iparnya yang juga balu kepada Abam Bocey, Ali Puteh menerima satu lagi ujian apabila akaun Instagram miliknya didakwa digodam pihak tidak bertanggungjawab. 

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Ridzuan,31, menerusi akaun Instagram baharu menggunakan nama @aliputehofficial memberitahu telah kehilangan lebih 400,000 pengikut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nor Hidayah didakwa tegur ibu mentua jangan makan harta anak yatim - “Ayat itu gores hati saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri bertaubatlah! - “Keluarga saya dihina disebabkan Datuk... tolong mohon maaf kepada ibu”

"Allah uji lagi, Instagram pula dicuri. Ini akaun saya yang original.

Akaun Instagram Ali 'lesap' akibat digodam.

"Yang lama sudah kena godam, selain daripada akaun ini, itu semua bidaah!", tulis Ali.

Akaun @aliputeh89 itu sudah tidak wujud sejak malam tadi. 

Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat lantaran ujian yang diterimanya sepanjang minggu ini. 

"Sabar Ali, kami tetap sokong kamu. Biasalah kita manusia tidak terlepas daripada dosa. Tapi kami hormat Ali kerana berulang kali memohon maaf.

Ali gagal tahan sebak semasa sidang media yang diadakan Jumaat lalu.

"Tak mengapa Ali, kami sentiasa di belakang. Kalau boleh jangan keluar daripada industri, saya peminat tegar kumpuan Puteh," tulis netizen.

Jumaat lalu, Ali, 31, mengadakan sidang media khas menuntut Aliff Syukri membuat permohonan maaf kepada ibunya, Sabariah Arshad kerana dituduh menjadi punca perpecahan silaturrahim antara ahli keluarga mereka.

Kunjungan Aliff Syukri ke kediaman Hidayah didakwa punca perpecahan silaturrahim antara ahli keluarga Ali.

Ali dalam pada itu menjelaskan dia berkecil hati dengan isteri Abam iaitu Nor Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata yang menyentuh isu pembahagian harta Allahyarham suaminya.

Aliff Syukri pula dijangka akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan keadaan sebenar pada petang Isnin.

ali puteh, abam bochey, aliff syukri

Artikel Lain