suria

Neelofa masuk kelas bahasa Indonesia, bakal bintangi filem - “Saya ada cari rumah di Jakarta”

Neelofa mahu kembangkan kerjaya lakonan dan perniagaan di Indonesia. Foto: QARAMI HASHIM

CABARAN baharu yang perlu dihadapi pengacara popular Neelofa selepas membuat keputusan untuk memulakan perjalanan seninya di Indonesia.

Menurut Neelofa, 31, dia mengambil inisiatif menggunakan khidmat tutor bagi mempelajari dan menguasai bahasa Indonesia.

"Sebagai persiapan awal menembusi pasaran di sana, saya menggunakan khidmat tutor datang ke rumah untuk mengajar saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sebab nak kahwin tapi jadual terlalu sibuk, Neelofa bakal bawa jenamanya ke Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya perlu lepaskan sesuatu untuk sesuatu yang lain” - Neelofa umum undur diri daripada MeleTop

"Susah sebenarnya belajar bahasa mereka, setiap hari saya ngobrol (bercakap) dalam bahasa Indonesia dengan cikgu itu.

"Untuk naik dengan cepat dan dikenali oleh peminat dan rakyat negara jiran, saya wajib menguasai bahasa Indonesia. Lebih mudah untuk kembangkan karier di sana," katanya kepada mStar.

Neelofa mahu bawa jenama Naelofar ke peringkat antarabangsa.

Neelofa ditemui semasa pelancaran kempen Naelofar #gonaelofar yang diadakan di Menara Ken, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Neelofa memaklumkan dia bakal menyertai sebuah projek filem di Indonesia.

Tambahnya, filem tersebut dijangka akan memulakan penggambaran sekitar April depan.

Semuanya masih dalam perbincangan dengan penerbit di Indonesia. Insya-Allah, jika tiada aral saya bakal membintangi sebuah filem di sana!

NEELOFA

PENGACARA & PELAKON

"Semuanya masih dalam perbincangan dengan penerbit di Indonesia. Insya-Allah, jika tiada aral saya bakal membintangi sebuah filem di sana.

"Penggambaran dijangka akan bermula April ini, jika semuanya dah pasti kita akan dedahkan butiran lanjut kepada semua,” katanya.

Sementara itu, bekas pengacara MeleTOP ini memberitahu dia bakal menyewa sebuah rumah di Jakarta bagi memudahkan urusan kariernya di negara berkenaan.

“Rumah dekat sana tak beli lagi... mungkin saya akan sewa apartment biasa dulu.

“Senang nak letak barang dan mudah untuk saya ulang alik... saya dah tinjau lokasi yang sesuai untuk jadi kediaman saya nanti,” katanya.

Neelofa

Artikel Lain