Dugaan final MLM... Adik Ajak (Shiro) melecur tahap dua selepas silinder gas meletup - “Saya tinggalkan sesi latihan, adik kemalangan masa kerja” - Hiburan | mStar

Dugaan final MLM... Adik Ajak (Shiro) melecur tahap dua selepas silinder gas meletup - “Saya tinggalkan sesi latihan, adik kemalangan masa kerja”

Ajak berkongsi foto keadaan adiknya yang mengalami melecur tahap dua.

ADIK kepada penyampai radio Suria FM, Ajak (Shiro) yang dikenali sebagai Fitri cedera parah selepas sebuah silinder gas yang digunakan untuk kerja-kerja kimpalan meletup secara tiba-tiba.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 34, memberitahu kemalangan tersebut berlaku ketika adiknya sedang bertugas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat kontrak hos Melodi, Ajak Shiro kini lengkapkan Team Pagi Suria di Suria FM

Ajak juga memohon maaf kepada ahli kumpulannya, Rare iaitu Ropie dan Pakya kerana terpaksa meninggalkan latihan untuk malam final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

"Besar dugaan saya... adik saya kemalangan tadi masa kerja. Saya tinggalkan sesi latihan untuk final Maharaja Lawak.

Ajak berkongsi mengenai adiknya di Instagram.

"Saya terpaksa uruskan adik saya dan sekarang saya masih di hospital. Saya terpaksa tinggalkan Pak Ya dan abang Ropi berdua kat sana.

"Terima kasih Pak Ya dan abang Ropi sebab faham saya. Kita cuba buat yang terbaik esok (Jumaat)," tulisnya pada Khamis.

Ajak memuat naik paparan skrin perbualan dengan dua ahli kumpulannya yang mendoakan keadaan adik pelawak itu.

Menurut laporan Astro Gempak, Ajak berkata adiknya mengalami melecur tahap dua dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Besar dugaan saya... adik saya kemalangan tadi masa kerja. Saya tinggalkan sesi latihan untuk final Maharaja Lawak.

AJAK SHIRO

PENYAMPAI RADIO SURIA FM, PELAWAK

Bagaimanapun, pelawak itu belum mengetahui punca kemalangan tersebut berlaku kerana adiknya masih dalam keadaan trauma dan terkejut.

Dalam pada itu, salah seorang rakan selebriti iaitu pelawak Achey (Bocey) menerusi Instagramnya turut mendoakan agar adik Ajak kembali sembuh. 

"Assalamualaikum... dengan harapan anda yang bersama saya dan melihat posting ini, sama-sama kita doakan adik sahabat saya Ajak Shiro kemalangan semasa bekerja.

"Gas oxy-welding meletup secara tiba-tiba... dugaan final untuk sahabat saya. Sama-sama kita doakan semua agar adiknya kembali sembuh," katanya.

Ajak , Rare , MLM 2019

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain