Hubungan pertunangan Hafreez Adam, Zara Zya diganggu pihak ketiga - “Dua tahun berkawan tiada pula yang kacau” - Hiburan | mStar

Hubungan pertunangan Hafreez Adam, Zara Zya diganggu pihak ketiga - “Dua tahun berkawan tiada pula yang kacau”

Hafreez mengakui berdepan beberapa ujian dan cabaran sepanjang melalui fasa pertunangan.

PELAKON Hafreez Adam mendedahkan ada individu yang cuba menganggu hubungan pertunangannya dengan aktres Zara Zya.

Hafreez, 29, bagaimanapun menganggap perkara itu sebagai sebahagian cabaran dan ujian sepanjang melalui tempoh pertunangan.

"Betullah kata orang ada dugaan, sebenarnya agak pelik juga sepanjang dua tahun bersama sebelum ini tak ada orang kacau atau cucuk-cucuk kami, tapi lepas bertunang ni ada bunyi-bunyi pula.

ARTIKEL BERKAITAN:  “Kerjaya dah macam ni, jangan lepas bertunang nak cemburu” - Zara Zya tak letak syarat, Hafreez Adam boleh berlakon mesra dengan aktres lain

ARTIKEL BERKAITAN:  Zara Zya, Hafreez Adam selamat bertunang, nikah Oktober tahun depan

"Sejujurnya sebelum tunang kami tak pernah gaduh, tapi lepas tunang ni ada lain sikit... tapi saya anggap ini semua dugaan, kalau kita terlalu fikirkan tentang hal ini memang akan mengganggu.

"Bagi saya dalam fasa pertunangan ini komunikasi sangat penting, perjalanan kami dah nak sampai ke penghujung, lainlah kalau sebelum tunang dulu kita mungkin boleh anggap hanya kawan sahaja," katanya kepada mStar.

Hafreez mengikat tali pertunangan dengan Zara Zya, Oktober lalu.

Hafreez mengikat tali pertunangan dengan Zara pada 12 Oktober lalu dalam sebuah majlis tertutup di Sungai Buloh, Selangor.

Sebelum itu, Hafreez dan keluarga telah merisik Zara pada 8 September lalu.

Selepas bertunang kami baru berjumpa dua kali, tapi kalau ikutkan masa sebelum bertunang pun jarang jumpa!

HAFREEZ ADAM

Pelakon

Pasangan yang mula berkenalan ketika membintangi drama Mona Lisa pada 2017 itu pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu, namun komitmen terhadap kerja membuatkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan.

Pasangan ini dijangka akan mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.

Sementara itu, Hafreez berkata kesibukan kerja dan kepadatan jadual penggambaran membuatkan dia dan Zara jarang bertemu.

Hafreez dan Zara bakal disatukan pada Oktober tahun depan.

"Selepas bertunang kami baru berjumpa dua kali, tapi kalau ikutkan sebelum bertunang pun jarang jumpa.

"Kami pun agak sibuk di set penggambaran, kebiasaannya kami mesej melalui Whatsapp dan kalau ada majlis yang sama lebih senang nak jumpa.

"Tipulah kalau kata tak rindu, cumanya kami kena matang dalam hubungan dan ini bukannya bercinta macam budak sekolah, jadi saya letak dalam kepala bahawa apa yang kita buat ini untuk masa depan kami nanti," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hafreez kini sedang sibuk menjalani penggambaran telefilem, Izrail Memanggil.

Selain Hafreez, pelakon yang turut membintangi telefilem arahan Zamri Zakaria ini ialah Tiz Zaqyah, Fauziah Nawi, Iswan Ismail dan Farhan Asri.

Hafreez Adam , Zara Zya

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Tikam jemaah masjid, seorang lelaki ditahan