“Dah nak tahun 2020 tapi bajet seperti zaman Kesultanan Melaka!” - Tony Eusoff kesal ditawar harga tak masuk akal - Hiburan | mStar

“Dah nak tahun 2020 tapi bajet seperti zaman Kesultanan Melaka!” - Tony Eusoff kesal ditawar harga tak masuk akal

Tony kecewa dengan nilai bayaran yang ditawarkan kepadanya bagi melakonkan 11 babak oleh sebuah syarikat produksi.

PELAKON Tony Eusoff meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah produksi drama yang menawarkan harga tidak masuk akal bagi seorang pelakon berpengalaman sepertinya.

Menurut Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 42, dia menolak tawaran berkenaan berikutan bayaran tidak berbaloi dengan kerja yang perlu dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tony Eusoff selesa membujang, perancangan kahwin dah ‘ke laut’

ARTIKEL BERKAITAN: Tony Eusoff sangka kerjaya tamat selepas masuk penjara

"Dah nak 2020 dah tapi bajet drama tv masih puaka.

"Itu bajet zaman Kesultanan Sultan Melakakah? Kalau macam itu sila cuba tempat lainlah ya.

Antara paparan skrin yang dimuat naik Tony ke laman Twitter miliknya.

"Saya boleh settle kalau RMxxx. Rendah dari itu baik menjaja saja," ujarnya.

Tony meluahkan rasa kesal itu menerusi sebuah posting yang memaparkan paparan skrin perbualan menerusi aplikasi Whatsapp dengan seorang wakil produksi drama berkenaan.

Menerusi perbualan itu, Tony turut terkejut dengan nilai yang ditawarkan individu berkenaan yang meminta dia melakonkan sebanyak 11 babak.

Tony bagaimanapun enggan mendedahkan nilai sebenar yang ditawarkan kepadanya.

Itu bajet zaman Sultan Melakakah? Kalau macam itu sila cuba tempat lainlah ya.

TONY EUSOFF

Pelakon

Sementara itu, rata-rata peminatnya tidak bersetuju selain turut meluahkan rasa kecewa mereka terhadap harga bayaran yang ditawarkan kepada Tony.

"Ini Tony Eusoff yang kena kencing... bukannya pelakon baru okay? Kalau pelakon baru mungkin tambang LRT dan nasi campur sebungkus. Saya tak tahulah. Bertahun-bertahun dah.

"Saya selalu tertanya-tanya bagaimana anda survive dalam industri seperti ini.

"Akhirnya stesen TV dan produser ambil pelakon-pelakon bertaraf kayu dan penyapu sebab itu rate mereka ambil," ujar netizen.

Tony Eusoff , bayaran

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini