Suami tak mahu cerai Lufya, mahkamah arah lantik pendamai - Hiburan | mStar

Suami tak mahu cerai Lufya, mahkamah arah lantik pendamai

KEMELUT rumah tangga pelakon Lufya Omar terus berpanjangan apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum enggan menceraikan isterinya itu.

Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Petaling Jaya memerintahkan pasangan itu melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes penceraian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Gantung tak bertali? Kena tanya dia sendiri” - Suami Lufya hairan dituduh dayus, ada sebab tak hadir mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: “Berani kerana benar... nak saman atau apa sekali pun, saya bersedia” - Lufya fail cerai, kesal suami tidak hadir ke mahkamah

Sehubungan itu Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.

Sebelum ini Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Lufya bersama anaknya, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Pada prosiding yang berlangsung pada Isnin, Lufya yang juga bintang Akademi Fantasi diwakili peguam syarie Fadhlina Siddiq manakala Dr Che Muhammad Hafiz diwakili peguam Muhammad Hilmi Musa.

Lufya ketika ditemui di luar mahkamah meluahkan rasa pelik apabila suaminya enggan meneruskan penceraian.

“Pelik, sebelum ini Hafiz sudah hebohkan dia dah ceraikan saya melalui Whatsapp namun tiba-tiba hari ini dia enggan meneruskan prosiding tersebut,” katanya kepada mStar.

Sementara itu Dr Che Muhammad Hafiz juga enggan mengulas mengenai keputusannya untuk menolak permohonan cerai yang difailkan Lufya.

“Saya tak dapat ulas lebih lanjut mengenai keputusan hari ini, saya hanya mengikut nasihat daripada pihak peguam.

“Jawatankuasa pendamai  pun saya tak dapat dedahkan buat masa kini,” katanya.

Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Lufya Omar , Dr Che Muhammad Hafiz

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain