“Banyak perkara saya kurangkan untuk buat mereka menonjol” - Farawahida kecil hati dituduh punca Kool tersingkir dari GV6 - Hiburan | mStar

“Banyak perkara saya kurangkan untuk buat mereka menonjol” - Farawahida kecil hati dituduh punca Kool tersingkir dari GV6

Farawahida sudah memberikan persembahan sehabis baik pada konsert Gegar Vaganza Ahad lalu.

PENYANYI Farawahida kesal didakwa menjadi punca kumpulan duo, Kool tersingkir pada minggu keempat Gegar Vaganza musim keenam (GV6) Ahad lalu.

Menurut Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 34, dia sebaliknya sudah memberikan persembahan sehabis baik pada malam itu, seperti yang dirancang mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada masalah kesihatan tapi dah 6 tahun tak ada anak... Farawahida cuba rawatan tradisional

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak merdu... harmoni pun bersepah!” - Gandingan Kool dan Farawahida tidak 'mesra' punca tersingkir GV6

Malah, dia juga terpaksa membuat penampilan bersederhana gara-gara mahu memastikan kumpulan itu lebih menonjol daripadanya.

"Saya terasa juga apabila mendapat tahu mengenai isu ini tapi bila fikir-fikir balik tidak mengapalah... mungkin ia disalah erti.

"Sejujurnya saya tak tahu pula saya ni pilihan ke berapa untuk digandingkan dengan mereka selepas Ziana Zain dan Datuk Khadijah Ibrahim. Saya dah buat yang terbaik pada malam itu, seperti yang dah kami rancang.

Gandingan Kool dan Farawahida gagal menyerlah.

"Sejujurnya pada persembahan itu, banyak perkara saya dah kurangkan untuk buat mereka lebih menonjol kerana yang ke depan adalah peserta. Nyanyian, make up, baju, semuanya kurang," ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sesal Yang Datang ini menganggap bukan rezeki kumpulan Kool untuk mara ke pentas akhir.

Kata Fara, sebagai bekas peserta yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim lalu, kehadirannya pada malam itu hanya sebagai rakan yang membantu dan tidak memberi apa-apa kesan dalam pemberian markah kepada Kool.

"Sebagai peserta yang pernah menyertai GV sebelum ini, saya terima tawaran untuk berduet itu sebab nak support dan rindu nak perform di pentas itu.

"Kebetulan masa itu saya free dan tak buat apa, jadi saya terima sahaja kumpulan Kool sebagai pasangan gandingan.

"Apapun sebenarnya berbalik pada rezeki... Tok Ram sendiri pun dah cakap kehadiran saya pada malam itu sebenarnya tak dikira markah. Saya bekas peserta GV jadi saya tahu bagaimana pemarkahan itu diberi," ujarnya.

Apapun sebenarnya berbalik pada rezeki... Tok Ram sendiri pun dah cakap kehadiran saya pada malam itu sebenarnya tak dikira markah. 

FARAWAHIDA

Penyanyi

Terdahulu, kumpulan Kool mendedahkan mereka terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat pihak produksi apabila terpaksa menyanyikan lagu Siapa Dia Sebelum Aku bersama Farawahida pada minggu keenam Gegar Vaganza (GV6).

Akibat daripada itu, netizen menganggap Kool seolah-olah meletakkan kesalahan kepada Farawahida selaku penyanyi undangan.

"Bila dah masuk pertandingan, sudah tentu saya berasa kecewa dan terkilan... tapi kami dah buat yang terbaik, kemungkinan lagu yang kami bawa itu kurang power.

"Ini bukan lagu pilihan kami... Sepatutnya kami menyanyikan lagu Senja Nan Merah duet dengan Ziana Zain tetapi waktu tu kami diberitahu bahawa Ziana tak berapa sihat dan tak boleh nak perform untuk Kool.

"Kedua patutnya kami duet lagu Ku Miliki Bayangmu dengan Datuk Khadijah Ibrahim dan dengan dia pun kami tak dapat sebab clash dengan show dia di Melaka. Jadi kami terpaksa akur dengan keputusan dan lagu yang GV dah berikan pada kami," ujarnya.

Kumpulan Kool gagal meneruskan perjuangan pada konsert GV6 selepas tersingkir pada Ahad lalu.

Menurut juri tetapnya, Datuk Ramli MS, nada suara yang tidak merdu selain harmoni bersepah membuatkan gandingan kumpulan itu dengan artis undangan tidak 'mesra' seterusnya menerima markah tercorot berbanding sembilan peserta lain.

Farawahida , Kool , Gegar Vaganza

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain