Fazley buat kejutan untuk ‘rider’ Grabfood - “Dia hanya nak selfie tapi saya datang bawa kek” - Hiburan | mStar

Fazley buat kejutan untuk ‘rider’ Grabfood - “Dia hanya nak selfie tapi saya datang bawa kek”

Akhirnya impian seorang pekerja penghantaran makanan untuk bertemu Fazley Yaakob tercapai.

HASRAT seorang penghantar makanan untuk swafoto bersama cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob akhirnya tercapai apabila mereka dipertemukan dalam majlis kejutan hari jadi yang dianjurkan khas untuk pekerja tersebut.

Menurut Fazley, dia menyediakan kek istimewa untuk pekerja bernama Fakhrul itu dan menghantarnya sendiri ke pejabat syarikat e-hailing berkenaan di Petaling Jaya.

"Saya hubungi Grab untuk bantu pertemukan kami berdua. Saya dan team Suka Sucre Bistro siapkan kek bersempena hari jadi beliau yang baru berlalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat ‘rider’ Grabfood nak bergambar dengan Fazley Yaakob tak kesampaian - “Nak selfie tapi takut langgar SOP”

"Bila dah jumpa tadi, dia sangat-sangat nervous kerana yang dia mahukan hanyalah selfie, tapi saya datang sendiri bawa kek buat beliau. (Dia siap minta peluk lama sikit tadi haha!).

Penghantar makanan dikenali sebagai Fakhrul terkejut Fazley menyediakan kek untuknya sempena ulang tahun kelahiran ke-25.

"Apa yang lebih menarik ialah saya baru tahu hari ini, beliau juga dikenali sebagai Ustaz Along, seorang graduan dari Timur Tengah. Tahniah dan terima kasih @mhmdfkhrazzi_," katanya.

Fazley berkongsi video pertemuan mereka menerusi Instagram pada Rabu.

Sebelum ini, hasrat seorang penghantar makanan untuk bergambar dengan Fazley tidak kesampaian kerana terikat dengan komitmen kerja.

Bagaimanapun, luahan pemuda itu di laman sosial menarik perhatian Fazley dan berharap mereka dipertemukan satu hari nanti.

Akhirnya impian Fakhrul untuk berselfie tercapai.

Sementara itu, Fazley turut berterima kasih kepada pekerja-pekerja penghantaran makanan yang sanggup berdepan cabaran dan kepayahan demi menyelesaikan tugasan.

"Kepada semua rider, terima kasih banyak atas penat lelah kalian berhujan panas untuk pastikan kami semua dapat makanan yang kami pesan," ujarnya.

Fazley Yaakob , Grabfood

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain